CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4090|Reply: 29

“Patut Lori Tak Payah Brek”- Ramai Bengang Lihat Kereta Myvi Selamba Tukar Lorong Masuk Ke Laluan Treler

[Copy link]
Post time 20-6-2024 09:06 PM | Show all posts |Read mode






Harus diakui, kebanyakan jalan raya di Malaysia khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sememangnya boleh mengelirukan pengguna.


Ini kerana laluannya yang bersimpang siur menyukarkan pemandu khususnya buat mereka yang baru melalui jalan tersebut.


Oleh sebab itu, ada segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah dengan menukar lorong secara tiba-tiba bagi memastikan mereka tidak terlepas simpang yang perlu dilalui.


Tindakan ini bukan sahaja membahayakan pemandu itu sendiri bahkan turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.


Gara-gara tidak mahu terlepas simpang, sebuah Perodua Myvi dilihat selamba menukar laluan masuk ke lorong sebelah yang pada ketika itu sedang dilalui oleh sebuah treler.





Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @iyliahaidar, kelihatan Perodua Myvi berkenaan pada mulanya dilihat berada di laluan bersebelahan treler tersebut.


Namun, pemandu kereta itu dilihat selamba memasuki laluan treler berkenaan hingga menyebabkan kenderaan besar itu terpaksa brek secara tiba-tiba.


Malah, turut kelihatan kesan tayar kenderaan berat itu di atas jalan raya akibat daripada perbuatan brek mengejut itu.


Walau bagaimanapun, kereta Perodua Myvi yang mendapat gelaran ‘king’ itu bernasib baik apabila pemandu lori tersebut sempat menekan brek dan kenderaannya itu tidak dilanggar oleh lori berkenaan.


“Confidentnya kereta hitam itu potong treler begitu saja. Berasap la tayar nak brek.


“Itu tadi kalau tak sempat brek, dengan kita-kita sekali kena, lepastu yang bestnya boleh sambung main phone lepas dah memandu dalam keadaan bahaya,” tulis pemilik video berkenaan.


Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna Tiktok mengecam tindakan pemandu Perodua Myvi itu.


Rata-rata geram dengan sikap mementingkan diri pemandu berkenaan yang dilihat boleh menyebabkan kemalangan jalan raya dan menyusahkan pengguna yang lain.


Malah, ada yang turut berpendapat agar pemilik video berkenaan melaporkannya kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang perbuatan pemandu Myvi itu.


Ada juga yang berpendapat pemandu Perodua Myvi itu seharusnya meneruskan sahaja perjalanan dan membuat pusingan U (u-turn) sekiranya terlepas simpang.


Berikut merupakan komen pengguna media sosial:




















Sumber : Buzzkini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar perangai khinzir... org2 mcm ni la yg menyebabkan org lain yg terlibat dgn musibah..dia rileks je mcm khinzir... sorry la den mmg geram thp khinzir pun ada dgn org2 gila khinzir ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu video dashcam iols tengok..teksi dok kat trafic light berlawanan...
Pastu buat keras je..
Ada orang komen. Buat aduan.kat myjpj..mesti kena saman
Pastu ada plak yang back up teksi tu..konon susah nak cari makan nanti..entah2 orang tua..

Iols rasa depa2 yang begini amek.lesen terbang..

Mcm.myvi ni juga...elok buat aduan.myjpj...
Senyap2 je saman sampai
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 04:02 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 20-6-2024 09:35 PM
Ada satu video dashcam iols tengok..teksi dok kat trafic light berlawanan...
Pastu buat keras je..
A ...

Kalau tengok Komen medsos boleh nampak betapa ramai bangang2 atas jalan raya.

Jenis undang2 ada dia tak nak ikut.

Pastu dok sebok nak pakai akai setitik dia utk justifikasi benda bodoh mcm motong belah kiri atau bentangkan karpet merah kepada yg langgar lampu merah
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 21-6-2024 04:02 AM
Kalau tengok Komen medsos boleh nampak betapa ramai bangang2 atas jalan raya.

Jenis undang2 ada d ...

Itu lah
Main sentimen mak ayah lah..diri sendiri lah...
Konon kalau kena kat diri sendiri mcmana
Pelik sungguh la orang gini
Enabler pelanggar undang2 jalan raya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 21-6-2024 06:24 AM
Itu lah
Main sentimen mak ayah lah..diri sendiri lah...
Konon kalau kena kat diri sendiri mcmana

Smlm kat IG,ada video jpj polis check moto kat sekolah. Ada la sorang ni komen ,cari duit cara salah. Ramai2 basuh dia. Dp acc gbr moto sempat la skodeng mmg mat motor la. Ni dah takde dah mesti dia delete tak tahan kena kecam


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau accident,comfirm pemandu lori tu kena maki hamun. Macam kes kat Klang dlu,acik kertu bawak 3 anak anak org balik sekolah naik moto,selamba masuk jlan time treler dah dekat betul. Meninggal sorang.
Kalau tak kerana ada dashcam kereta sebelah jalan,org tak tau pun salah makcik tu. Takde kena apa2 ke makcik tu?.Kecuaian bawak kematian
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 08:43 AM | Show all posts
eeeiii mmg geram ade pemandu cm ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 08:49 AM | Show all posts
shernazz replied at 20-6-2024 01:35 PM
Ada satu video dashcam iols tengok..teksi dok kat trafic light berlawanan...
Pastu buat keras je..
A ...

Kebanyakkan drebar teksi orang tua2 yg masih ingat mereka memandu di zaman trafik P.Ramlee. Rasa nak lempang je.

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 08:51 AM | Show all posts
asfaz replied at 21-6-2024 12:35 AM
Ni kalau accident,comfirm pemandu lori tu kena maki hamun. Macam kes kat Klang dlu,acik kertu bawak  ...

Ingat lagi kes ni. Mmg mula2 netizen salahkan drebar lori kan. Last2 tgk acik (nenek budak2 tu ke?), main redah ingat lori nak noticed sheolls.

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
semakin hari semakin ramai org bangang memandu kereta atas jalan raya. knpla ummah sebegini tk pupus2 eh...  
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 09:39 AM | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 21-6-2024 09:14 AM
semakin hari semakin ramai org bangang memandu kereta atas jalan raya. knpla ummah sebegini tk pupus ...

that's why la nk ambik lesen skrg makin bnyk stage nye
plus, tempoh 1, 1 kelas tu pun panjang
tak kira kena sidai dgn cikgu2 sekolah memandu tu lagi


Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 09:46 AM | Show all posts
mmg bosan memandu skrg ni
ramai bwk kenderaan mcm sial
sibuk suruh bagi signal bila nak memotong
pdahall kau bagi signal lagi laju kereta/motor dr belakang
siap hon2 plk tu
yg keluar dr simpang/dr susur kiri
main redah mcm kereta takde break
yg jalan lurus plk kena bagi laluan
lps tu yg heran bila lampu hijau slow nak mampos bwk keta
tiba2 lampu kuning
mencicit laju
entah apa dlm kepala hotak pun tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 09:52 AM | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 21-6-2024 09:14 AM
semakin hari semakin ramai org bangang memandu kereta atas jalan raya. knpla ummah sebegini tk pupus ...



benar sistur. ada yg menghalalkan benda yg tak boleh. baru2 ni ada baca psl ramai suka psg lampu hazard time ujan lebat. ramai ye yg backup psl ni & ramai yg bodo tak tahu apa tujuan lampu hazard tu. agaknya tido kot masuk masuk kelas memandu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 21-6-2024 09:52 AM
benar sistur. ada yg menghalalkan benda yg tak boleh. baru2 ni ada baca psl ramai suka psg lampu ...

npk sgt dorg beli lesen. kawtim bawah meja utk lulus JPJ. most driver tk tau fungsi2 lampu kat kereta tu utk apa, kat mana ptt pkai lampu dan alert setiap masa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 21-6-2024 09:39 AM
that's why la nk ambik lesen skrg makin bnyk stage nye
plus, tempoh 1, 1 kelas tu pun panjang
tak  ...

semakin byk stage mcm semakin byk kes jalanraya. adakah attitude+ mentaliti atau mmg driver dari neraka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 10:46 AM | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 21-6-2024 10:39 AM
semakin byk stage mcm semakin byk kes jalanraya. adakah attitude+ mentaliti atau mmg driver dari n ...

iol pilih attitude, + terpaling rider otr



Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 21-6-2024 10:46 AM
iol pilih attitude, + terpaling rider otr

part rider tu.. hurmmm... samseng jalanan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 21-6-2024 08:51 AM
Ingat lagi kes ni. Mmg mula2 netizen salahkan drebar lori kan. Last2 tgk acik (nenek budak2 tu ke? ...

Jiran rasanya. Amik upah hantar amik pergi sekolah. Ber4 naik motor.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 11:08 AM | Show all posts
macam tak de otak . dah la kau pancung lori tu pastu p brek pulak dpn dia. nampak mcm pompuan, macam ada tudung atau rambut panjang.
org2 begini rasa mcm elok diviralkan identiti.. biar malu nak bawak kereta keluar. macam kiki ke apa ntah dulu yang gaduh angkat stereng lock tu.
sampai selimut kereta bawah bangsal sebab malu netizen cari sampai ke rumah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061101 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list