Pelakon, Yana Samsudin meluahkan rasa bimbang terhadap bayi lelakinya yang berusia 6 bulan mengalami masalah kulit. Kesiannya! Menerusi Instagram, Yana ada memuat naik satu video menunjukkan anaknya itu menggaru lehernya sehingga menjadi luks dan berdarah. Allahu. Bukan tu jer, pelakon itu juga dedah sudah cuba pelbagai krim gatal tapi tetap tidak berkesan. Anaknya juga dikatakan bukan mengalami masalah eczema.
"Ya Allah, digarunya leher sampai luka macam ini. Kuku dah kerap potong tapi jadi juga, tapi bukan eczema tau." "Krim leher gatal dah macam-macam dah. Aveeno, Ceradan, Bepanthen semua dah cuba tak ngam dengan Hakeem, anak korang penah jadi macam ini tak?" Kalau korang tengok ruangan komen, ada segelintir netizen berkata yang mereka juga berdepan situasi sama selain berkongsi tips kepada pelakon itu. Kredit: Instagram Yana Samsudin/OhMedia
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|