Sebelum ini pelawak dan juga penyampai radio dikhabarkan ke Mekah untuk menunaikan tuntutan Allah SWT bersama isterinya. Apa yang mengundang sebak dari kalangan netizen adalah pesanan yang ditinggalkan. Menerusi hantaran TikTok peminat pelawak ini, memaparkan momen Johan bersama keluarganya sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. Difahamkan pelawak ini juga sempat mencium dan memeluk anaknya ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). "Kalau papa tak balik, ingat siapa kena jaga adik-adik." Pemilik video itu juga mengatakan setiap apa Johan lakukan adalah untuk kebaikan anak-anak dan juga orang sekeliling.
Terdahulu, Johan dan isterinya telah berangkat ke Tanah Suci, Mekah apabila dipanggil untuk membuat liputan sambil menunaikan fardu haji. Alhamdulillah mereka diberikan peluang untuk menunaikan haji. Semoga Johan dan isteri sentiasa berada di dalam lindungan Allah ketika berada di sana. Kredit: TikTok/OhMedia |
deebiz14: Semoga dipermudahkan. Cuaca ag ...
johan-adx replied at 19-6-2024 03:41 AM
mereka ni contoh ibu bapa yg bagus dlm mendidik anak2
gideoncross: Netz Msia cpat sebak dgn smua ...
Belibis replied at 19-6-2024 08:35 PM
Paling sebak bila kena scam dengan madanon diesel.[em:3:]
ADVERTISEMENT