CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Leona dedah Rees seorang pemalu, Mahu ubah jadi ‘Influencer’ dalam masa dua bulan - "Kembar saya tak aktif di media sosial"

18-6-2024 10:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6363| Komen: 45



Anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona mendedahkan abang kembarnya iaitu Andika Rees merupakan seorang yang pendiam dan pemalu.

Menerusi satu temu bual podcast bersama Affendy Jailani, Leona memaklumkan bahawa dia mahu mengubah identiti abangnya menjadi seorang ‘influencer’ terkenal dalam tempoh dua bulan.

"Kembar saya tak aktif di media sosial sangat sebab dia seorang yang agak pemalu."

"Tapi saya cakap dekat dia yang saya nak ubah dia menjadi seorang ‘influencer’."

"Untuk dua bulan saya berada di sini, dia kena ikut saja apa yang saya suruh dia buat."

Tambah Leona yang lahir tujuh minit lewat itu lagi, kembarnya itu juga merupakan seorang yang sangat lemah lembut.

"Saya rasa ramai yang tak tahu akan kewujudan dia jadi saya nak kenalkan, ini adalah abang saya. Dia lahir tujuh minit awal daripada saya.


"Kalau nak cakap pasal karakter, dia lagi baik daripada saya. Dia sangat baik dan ‘gentleman’."

"Jadi kalau saya nak ubah dia jadi ‘influencer’, saya nak dia kekalkan aura ‘gentleman’ dia itu. Tapi itulah, dia seorang yang sangat pemalu selain tak banyak bercakap."


Sekadar info, Leona dan Rees merupakan pasangan kembar kepada pelakon hebat, Azhar Sulaiman dan isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin.

Sumber: TikTok AffendyJailani /OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Frangapini 18-6-2024 10:40 PM
La.. Rees tak cakap apa2 pun lagi Ada sambungan tak?
Quote I.K.A888990 18-6-2024 10:42 PM
mmg jenis malu2 eh abg dia
tapi awat leona mcm tak bersiap je dik..
mcm baru bangun tidur terus pergi podcast ni haha
Quote Maksinga78 18-6-2024 10:44 PM
Comey budak ni
Quote seulgirose 18-6-2024 11:10 PM
Rees ni comel lah
Quote Neno90 18-6-2024 11:48 PM
Both comel
Quote irvene 19-6-2024 12:00 AM
kalau abg kau yg handsome ni famous sedap sikit mata memandang.
Quote Ytee 19-6-2024 12:02 AM
wpun kembar perangai x sama, tapi dua2 lawa
Quote sayurmayur88 19-6-2024 07:20 AM
rees hensem ikut azhar, cara cakap pon sama..
leona cantik ikut mama dia..
Quote myhairisbad 19-6-2024 08:42 AM
Baru je skroll tengok tt Leona dulu2, comeynye Leona masa tu tak sama dgn skrg
Rees mmg auto buat mimik pelik tiap kali Leona usik dia haha
Quote imanamsyar 19-6-2024 08:44 AM
rees tu cakap melayu clear sikit..yang leona mmg nampak kekok kalau bercakap melayu..
Quote CoffeeOverdose 19-6-2024 09:13 AM
rees lebih suka kehidupan tenang agaknya.. less fame, less drama. maybe?
Quote MistrezHermanaz 19-6-2024 09:32 AM
suka tgk rees tu..xyah la jd influencer..herlok tenang dh hidup dia, x kisah fame pun
Quote jlo 19-6-2024 09:35 AM
abang dia tenang2 je ..no fame less stress kekdah nye kot
Quote prince_marhaen 19-6-2024 09:53 AM
Leona ni meols da soft spot sebab dia budak bijak ye, dia lagi independence & lagi dominant drpd abang kakak dia. si Kakak dia Kasih Leia muka Behar masa tua, perangai both kadang banyak cakap kadang sempoi je, Leona muka Kak Chem 100%, mulut potpet macam Behar Mami Kecut, while Rees sebijik muka Behar masa muda, tp attitude reserve macam Kak Chem... relaks je. Harap2 tak kuat merentan mencapub macam ayah dia la nnt. Heheehee
Quote m2506 19-6-2024 11:27 AM
baru ku tahu dia ada kembau
Quote talapia 19-6-2024 11:28 AM
la.. walau baru cakap secoet.. but I think dia mcm better in BM than her sister.. mcm hellok je sebutan dia.. bole pegi ni..  nampak cool
Quote dark_angi30405 19-6-2024 12:09 PM
Hensem rees mcm apak muda2
Quote gideoncross 19-6-2024 01:15 PM
m2506 replied at 19-6-2024 11:27 AM
baru ku tahu dia ada kembau

Aiol pun bru thu psl ni
Quote beatgirlX 19-6-2024 01:22 PM
Reez ni mmg cool.. Hahaha.. Mcm Behar muda2 cool je cuma da tua ni je jd mummy plk.. Dia more mcm Chemp kan... Cuma Leona dah besar badan ikut mummy.. Hahaha

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.164260 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top