Tidak menyembunyikan kemesraan, hubungan pelakon Riena Diana dengan aktor Keith Foo dilihat semakin serius apabila tampak selesa ke mana-mana berdua. Terbaru, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkongsi foto bersama kekasih di dalam kereta sebagai tanda ucapan terima kasih kerana menghantarnya menunaikan solat sunat Aidiladha, pagi tadi. “Terima kasih kerana ambil dari rumah dan hantar saya ke masjid pagi ini,” katanya ringkas menerusi hantaran dalam Instagram Story. Sebelum ini, pelakon drama Kampung People itu memuat naik hantaran ucapan selamat hari bapa kepada Keith. “Selamat hari bapa kepada lelaki yang sudah mencuri hati saya,” ujarnya. Terdahulu, Riena mengakui dirinya sudah menemui kebahagiaan yang dicari selepas menjalin hubungan mesra dengan Keith atau Foo Chuan Chin, 41. Kata Riena, hubungan mereka mula terjalin selepas bergandingan dalam drama Salju Rindu.
|
kakasotong2 replied at 18-6-2024 03:39 PM
Meols ada tengok melodi baru ni. Memang rasa la yg deyols ni memang in love. Suka tengok KF dok usap ...
ADVERTISEMENT