Penyanyi Didi Astillah meluahkan rasa syukur kemelut rumah tangga Bella Astillah telah pun selesai dan akan sentiasa menyokong kakaknya untuk terus bangkit. Memetik HibGlam, Didi berkata kakaknya tenang menghadapi dugaan serta berkongsikan keadaan Bella dilihat gembira dan tidak tertekan langsung. “Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kami sekeluarga akan sentiasa memberikan sokongan kepada Bella supaya bangkit selepas ini “Jangan putus doakan Bella, insya-Allah dia kuat mengharungi semua ini. Dia gembira sahaja dan nampak tidak tertekan langsung. Semalam kami makan sedap-sedap dekat Jakarta,” katanya. Ditanya mengenai keadaan kedua-dua anak saudaranya, Ayden dan Ara, Didi berkata mereka gembira menjalani kehidupan seperti biasa. Dalam pada itu, apabila ditanya hubungan dengan bekas abang iparnya Aliff Aziz selepas ini, Didi berkata dia enggan mengulas mengenai perkara itu.
“Saya tak mahu ulas perkara itu, tapi buat masa sekarang tidak. Masa akan datang tidak tahu. Apa yang penting saya nak move on daripada semua ini,” katanya. Kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu pada Khamis lalu. SUMBER: HibGlam/Rotikaya |
sukacactus replied at 16-6-2024 08:33 PM
Masing2 nampak lega ya
Apala yg dipertahankan sgt dulu tu ntah
kawahapi replied at 16-6-2024 09:44 PM
Bagus lah, tapi adik dia dah boleh diam kot?
Mencapub tak sudah sudah.
kawahapi replied at 16-6-2024 01:44 PM
Bagus lah, tapi adik dia dah boleh diam kot?
Mencapub tak sudah sudah.
AWEKSAMURAI replied at 16-6-2024 08:38 PM
Buang masa je kalau dari dlu x get back kan bagus entah2 dia pun dh dpt laki yg bagus n baik
matjerk replied at 16-6-2024 11:05 PM
Adik, mak, pak ni mmg duduk serumah ke.. masa alep n bella masih berkahwin?
AWEKSAMURAI replied at 16-6-2024 08:38 PM
Buang masa je kalau dari dlu x get back kan bagus entah2 dia pun dh dpt laki yg bagus n baik
Momohizan replied at 17-6-2024 12:13 AM
Agak susah orang yang suka bad boy ni...biarpun 10 lelaki bagus beratur nakkan dia, dia nak jugak ...
AWEKSAMURAI replied at 16-6-2024 11:33 PM
Yang aku dengar citer mcm tu lah sejak kwen mmg duduk dgn mak bapak semua sekali sepupu sepapat..a ...
AWEKSAMURAI replied at 16-6-2024 03:33 PM
Yang aku dengar citer mcm tu lah sejak kwen mmg duduk dgn mak bapak semua sekali sepupu sepapat..a ...
Momohizan replied at 17-6-2024 12:37 AM
Kalau I...rimas. ahahaha even rumah bungalow 8 bilik. Baikla tinggal condo 2 bilik sendiri. Macam2 ...
matjerk replied at 17-6-2024 12:40 AM
Cemana erk org yg dah kawen suka duduk ramai2 sebumbung ni.....
Klu korang gaduh laki bini.... cem ...
ADVERTISEMENT