CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fara Fauzana Pernah ‘Dislike’ Nana Mahazan – ‘Dia Tak Perform Nyanyi Lagu Misha Omar’

16-6-2024 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5368| Komen: 27


Pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana meraih perhatian apabila mendedahkan dirinya pernah membenci pengacara dan penyanyi, Nana Mahazan satu ketika dahulu.

Pendedahan tersebut didedahkan Fara sendiri menerusi satu hantaran video yang dimuat naik Nana di TikTok.

Menurut Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil ketika itu Nana merupakan salah seorang peserta bagi sebuah program realiti terbitan stesen televisyen swasta pada tahun 2003.

Fara menjelaskan dia mula tidak menyukai Nana kerana penyanyi tersebut gagal menyanyikan lagu kegemaran nyanyian asal kawan baiknya, Misha Omar yang berjudul ‘Halaman Cinta’.

"Waktu itu saya dah mula berkawan dengan Misha Omar dan itu punca dia. Lepas itu, ada satu minggu itu Nana menyanyikan lagu ‘Halaman Cinta’."

"Saya tak dapat terima nyanyian Nana sebab dia tak perform waktu menyanyikan lagi itu."


"Saya lagi bertambah ‘frust’ bila Nana tak tersingkir."

Fara kemudiannya dimarahi Misha selepas memaklumkan ketidakpuasan hatinya terhadap nyanyian Nana.

"Misha tak marah pun Nana nyanyi lagu sebab dia pun cakap yang dia sendiri susah nak menyanyikan lagu itu."

"Tuan punya badan pun tak bising lepas itu Misha marah saya, ‘Engkau apahal? Biarlah dia menyanyi macam itu’."

Nak dijadikan cerita, Fara dan Nana kemudiannya ditakdirkan untuk bekerja di bawah satu stesen radio yang sama kira-kira setahun tahun selepas tamatnya program realiti tersebut.

Menurut Nana, dia pernah dipulaukan oleh Fara semasa mereka bekerja dalam satu pasukan pada ketika itu.

"Saya ingat lagi tarikh ini iaitu 5 Januari 2004, saya dapat diserap masuk menjadi penyampai radio. Waktu itulah saya dipulau, dibuli oleh Fara Fauzana."

"Ada satu ketika kami satu pasukan nak pergi ‘fitting’ baju di Sungei Wang Plaza, semua orang tak nak berjalan seiring dengan saya."

Namun begitu, mereka mula menjadi sahabat baik selepas Fara tidak bersetuju dengan tindakan pengurusnya yang dikenali sebagai Felisha yang meluahkan meluahkan rasa bencinya terhadap Nana.

Menurut Fara, dia mula sedar akan kesilapannya kerana melihat Nana kekal tenang meskipun diperlakukan sebegitu rupa.


"Satu hari Felisha datang dekat kafe ofis kami dia cakap, ‘Eh Nana, saya tak suka awaklah’."

"Tapi Nana kekal tenang sambil teruskan menjamu selera."

"Saya pandang Felisha terus cakap, ‘What did you just say? Awak tak boleh cakap dekat Nana macam itu, kita kena ada rasa hormat pada dia’."

"Apa yang buat saya tersentuh ialah Nana kekal tenang dan dari situ baru saya sedar apa yang saya buat pada dia itu salah."

Sumber: TikTok Nana Mahazan/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mimo.mimo 16-6-2024 07:01 PM
Bukan cerita dah basi ke ni? Pastu now jadi bestie
Quote Skydiva 16-6-2024 07:56 PM
Aritu, tgk tiktok linda onn, die pn cakap bnd same. Die x suke Nana, time nana masuk era pn die x suke, tp last2 die bff dgn nana. Maksudnye nana ni jenis baik la kot.
Quote pakwetizzaqyah 16-6-2024 08:01 PM
perempuan....
Quote EncikRhoma 16-6-2024 09:50 PM
Berapa kali nak ulang la cerita ni. Dah macam astro pulak
Quote Orix 16-6-2024 10:36 PM
Ikutkan Nana ni yg plg cantik ms AF1. Nana, atie, liza, nana la plg cantik. Perempuan kn x suka sgat kalau perempuan lain cantik dari dia. Hahaha
Quote jihah_kudat 16-6-2024 10:41 PM
cerita ni tiap tahun akan ulang..yesh fafau u tak
suka nana mengaku je la sebab nana cantik 'ketika itu' biasa la org tak lawa memang sentiasa tak suka org lawa....
Quote tidak_kelihatan 16-6-2024 11:03 PM
Orix replied at 16-6-2024 10:36 PM
Ikutkan Nana ni yg plg cantik ms AF1. Nana, atie, liza, nana la plg cantik. Perempuan kn x suka sgat ...

jap nak recall lagi 3 perempuan dlm AF1:

-rosma
-nija
-azza

Eh, aku rasa Azza lawa sekali. tapi top 3 termasuk la Nana. sorang lagi Liza


Quote Orix 16-6-2024 11:04 PM
tidak_kelihatan replied at 16-6-2024 11:03 PM
jap nak recall lagi 3 perempuan dlm AF1:

-rosma

Azza cepat sgat keluar. X sempat nk dibenci kekdahnya.
Quote tidak_kelihatan 16-6-2024 11:06 PM
Orix replied at 16-6-2024 11:04 PM
Azza cepat sgat keluar. X sempat nk dibenci kekdahnya.

oh betul jugak, haha
Quote lazim 16-6-2024 11:28 PM
tidak_kelihatan replied at 16-6-2024 11:03 PM
jap nak recall lagi 3 perempuan dlm AF1:

-rosma

Azza ni aku sllu rasa kening dia mcm slh. Xkena dgn muka dia
Quote TerataiMelur02 16-6-2024 11:33 PM
tidak_kelihatan replied at 16-6-2024 11:03 PM
jap nak recall lagi 3 perempuan dlm AF1:

-rosma

Mana dah liza ek..
Dulu ingatkan liza bakalan meletop jugak. Yela cantik, slim.
Quote sleepandream 16-6-2024 11:48 PM
af1 dolu femes sebab rosmah tersingkir... ramai tak puas ati la konon rosmah is next siti nurhaliza.... hadoooooooo.... tapi nana nyanyi memang hauk pon... kalau masuk season2 lepastu mesti tak lepas saringan...
Quote dedek12 17-6-2024 12:11 AM
Dia mmg kureng kan nyanyian...
Quote yoppoy 17-6-2024 03:32 AM
tidak_kelihatan replied at 16-6-2024 11:03 PM
jap nak recall lagi 3 perempuan dlm AF1:

-rosma

Azza yang budak keramat tu ke ek?
Kalau ye, ye aku setujuk
Sheols paling lawa musim tu

Nana ni nak nyanyi genre yang dia suka je
Dapat genre kaka mich terus dia whoareyuskan genre tu
Halaman Cinta antara lagu kaka mich favourite meols
Quote cap_ayam 17-6-2024 08:19 AM
Sapa felicia tu.. perangai
Quote tidak_kelihatan 17-6-2024 08:25 AM
lazim replied at 16-6-2024 11:28 PM
Azza ni aku sllu rasa kening dia mcm slh. Xkena dgn muka dia

Yeke haha
Quote tidak_kelihatan 17-6-2024 08:26 AM
TerataiMelur02 replied at 16-6-2024 11:33 PM
Mana dah liza ek..
Dulu ingatkan liza bakalan meletop jugak. Yela cantik, slim.

Jadi surirumah kot
Quote tidak_kelihatan 17-6-2024 08:27 AM
yoppoy replied at 17-6-2024 03:32 AM
Azza yang budak keramat tu ke ek?
Kalau ye, ye aku setujuk
Sheols paling lawa musim tu

Ye betul. Kalau x silap lepas AF dia ada jadi hos rancangan masak2 (tak ingat tajuk)
Quote fadz84 17-6-2024 09:07 PM
TerataiMelur02 replied at 16-6-2024 11:33 PM
Mana dah liza ek..
Dulu ingatkan liza bakalan meletop jugak. Yela cantik, slim.

Dulu lps AF pun dia just jadi gadis pembuka kotak kat Roda Impian kan.. tp bg I dia plg lawa masa AF1 dulu..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.067958 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top