Pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi mengundang perhatian warga maya apabila dia ada memuat naik satu hantaran berbaur perlian terhadap seorang individu bergelar Dato’. Dalam hantaran itu, Azhar memetik nama Dato’ A dan Dato I yang didakwa menjadikan isteri dan anak-anak sebagai korban di tangan orang kehilangan kewarasan dan amarah. "Kepada Dato A & Dato I. Jangan jadikan isteri, anak anak dan keluarga you sebagai korban ditangan orang orang yang akan hilang kewarasan dan amarah." "Bukan pengorbanan ini yang Allah SWT minta dari umatnya." Dalam pada itu, Azhar juga meminta individu-individu tersebut untuk membayar gaji semua pekerja dan tidak menganiaya orang Melayu yang jujur bekerja. Namun, apa yang paling mencuri perhatian adalah penggunaan imej seakan-akan lambang LGBT* yang digunakan Azhar Sulaiman dalam foto tersebut.
|
ADVERTISEMENT