CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sampah Tu Biarkan Saja Nanti Bandaran Datang Kutip’ – Rita Rudaini Titip Pesan Buat Bella Astillah

15-6-2024 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13606| Komen: 100



Pelakon Rita Rudaini sempat meninggalkan respon terhadap perkongsian Bella Astillah di Instagram yang meluahkan isi hatinya berhubung rumah tangga bersama penyanyi, Aliff Aziz yang kini sudah menemui titik noktah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 47, dilihat memberi kata-kata semangat buat Bella Astillah selepas sah bercerai dengan talak satu, pada Khamis.

Rita menasihati bekas isteri Aliff Aziz itu agar meneruskan kehidupan baharu tanpa menoleh ke belakang.

"Jangan melangkah tapi berlari ke depan. Sampah tu biarkan saja nanti ‘bandaran’ datang kutip."

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu dalam kenyataannya itu tetapi ‘bayangan’ tersebut seakan menggambarkan situasi yang dilalui Bella pada ketika ini.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur, pada Khamis.


Imbas kembali, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu.

Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Instagram Rita Rudaini/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Momohizan 15-6-2024 10:40 AM
Makin jatuh hidung RR ni...dah nak Sama macam hidung Kak Mah... Ke diaorang buat hidung kat surgeon yang sama lol
Quote AWEKSAMURAI 15-6-2024 11:02 AM
X payah lah nk mengata org sampah ke hape .. pengakhiran hidup org ni kita xtau. Sama lah mcm hang nek rita pun anak2 dok ada lagi takut satgi ank2 hang perangai mcm sampah.Banyak je yg masa bebudak elok akal budi mai dh besaq jd sampah sume.Tok sah dok yakin sgt dgn naseb idup kita ni. Bella pun bukan lah wanita suci murni sgt. Hang pun nek rita pun bukan suci mana naseb baik Jepun off cepat2 ja kalau dak hang pun masuk dlm list ketegori penyondol jgak.
Quote tidak_kelihatan 15-6-2024 11:21 AM
Ok sapa lagi nak mencapub? Sila ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil

-puteri saman..errr puteri sarah
-shuringai

Sila tambah
Quote Binodino 15-6-2024 11:59 AM
Kak ritrud, dulu sampah yang sama jugak dikutip dan disimpan. Jangan terkejut pulak kali ni proses kitar semula berulang
Quote epuepy 15-6-2024 12:45 PM
Kah.. Kah. Kali ni aku setuju ngn Rita. Alip mmg sampah ye. Bandaran tu mak nye si alip. Berbunyik mcm anak laki dia terpaling alim. Padahal mencelup sana sini
Quote amarakasih 15-6-2024 01:56 PM
tidak_kelihatan replied at 15-6-2024 11:21 AM
Ok sapa lagi nak mencapub? Sila ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil

-put ...

hahahaha nak tunggu president nak komen jugak kah tak...atau sekarang sibok dengan kenoha
Quote amarakasih 15-6-2024 01:57 PM
AWEKSAMURAI replied at 15-6-2024 11:02 AM
X payah lah nk mengata org sampah ke hape .. pengakhiran hidup org ni kita xtau. Sama lah mcm hang n ...

Kan...macam dia terpaling. Malas nak cakap, dia pun dengan budak muaz
Quote naisyahmh 15-6-2024 02:06 PM
Terbaik nasihat rita
Quote Mary_jane 15-6-2024 02:16 PM
Tak payah lah mengata ex orang lebih2. Doa je baik2 kat bella tu. Nampak sangat bitter sampai kesudah.
Quote tulip-rain-2 15-6-2024 02:19 PM
Dua2 ni alip dan bella mmg sampah pun.

Acik rita tak payah nyibuk nk komen. Sekali nanti acik rita yg pergi kutip sampah tersebut.
Quote TomyamPuteh 15-6-2024 02:41 PM
Sampah Utan Aji
Quote AWEKSAMURAI 15-6-2024 02:42 PM
amarakasih replied at 15-6-2024 01:56 PM
hahahaha nak tunggu president nak komen jugak kah tak...atau sekarang sibok dengan kenoha

President tgh di lambung ombak rindu dgn bf bernenen dia tu
Quote AWEKSAMURAI 15-6-2024 02:43 PM
tulip-rain-2 replied at 15-6-2024 02:19 PM
Dua2 ni alip dan bella mmg sampah pun.

Acik rita tak payah nyibuk nk komen. Sekali nanti acik rita ...

Alah rita ni sbb gagal dapat edel balik cuba kata edel nak balik kedia ..dia pun kunyah batang sampah
Quote chandrahusin 15-6-2024 03:14 PM
Menyibuk je RR
Sampah tu sbb kau tak dapat
Klu dapat balik kau pun kutip sampah
Quote MatDeghem 15-6-2024 03:23 PM
naisyahmh replied at 15-6-2024 02:06 PM
Terbaik nasihat rita

Terserlah jiwa yg tersakiti. Dan masih sakiti. Kesian....belum move on dgn kesakitan nya.
Quote lyshafull 15-6-2024 03:35 PM
Lol both of them not innocent ade kepentingn masing2
So skng ni berpihak pada bella dapat cerai and dapat laki adik2

Hang pun nasb baik tok laki jenis diam tu yg smpai skang tersakiti
Quote kakasotong2 15-6-2024 03:37 PM
Edited by kakasotong2 at 15-6-2024 03:38 PM

Sampahhhh menyokong sampahhhhh berserai dengan sampahhhhhh  
Quote AWEKSAMURAI 15-6-2024 03:44 PM
lyshafull replied at 15-6-2024 03:35 PM
Lol both of them not innocent ade kepentingn masing2
So skng ni berpihak pada bella dapat cerai and  ...

Sbb edel kesian kat dia ja. Kalau edel nk buat palat kat dia edel pegi tuntut hak penjagaan anak-anak mau meroyan meraung hari2 depan umah edel.Edel malas nk buat je sebenarnya dia nak idup tenang2 je
Quote rosevelvet 15-6-2024 03:54 PM
Beza rud ngan bella. Bella pnh rujuk pas cerai. Manakala bekas2 laki rud lari pecut x kaleh blkg lgsung pas cerai. Bekas2 laki rud bahagia  dgn pkahwinan lps rud. Bekas laki bella byk skandal. Bekas2 laki rud xde pompuan lain pas kawen kali kedua

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.190810 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top