Pelakon Abby Abadi memberitahu dia menyayangi kesemua anak-anaknya sama rata. Menerusi hantaran di Instagram, Abby berkata, dia berusaha sehabis baik untuk menjadi ibu yang adil dalam mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anaknya. "Sayang semua Lillah. Sekejap Mama ke kiri. Sekejap ke kanan. Nak bagi sama adil supaya tak dipersoalkan kenapa lebihkan anak yang itu, kenapa biarkan anak yang ini?" "Kita berusaha sehabis baik untuk jadi Mama yang terbaik pada anak-anak. Mencurahkan kasih sayang yang sama pada semua." "Tapi takkan mungkin sempurna. Jadi doakan yang baik-baik okay? Semoga yang baik-baik pun kembali pada kita semua." Terdahulu, netizen mendakwa Abby seakan memberi banyak perhatian kepada anak perempuannya Marissa Dania berbanding Marissa Danisha. Sumber: Instagram/OhBulan |
ADVERTISEMENT