CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Achey Respon Netizen ‘Merajuk’ Tak Layan Diajak Bergambar – ‘Staff Saya Accident, Bukan Saya Datang Hospital Buat Show’

15-6-2024 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7853| Komen: 21


Penyanyi dan pelawak, Achey memberikan respon terhadap dakwaan netizen yang menganggap dirinya sombong ketika terserempak di sebuah hospital menerusi video di TikTok.

Menerusi video tersebut, netizen tersebut memaklumkan dia berasa kecewa kerana sudah beberapa kali memanggil Achey untuk bergambar namun tidak dilayan.


"Tadi jumpa awak (Achey) di sebuah hospital di Kuala Pilah, kami panggil nak ajak bergambar tapi siapalah kami ini kan?"

Membalas kepada komen tersebut, pelantun lagu ‘Sakit’ ini menjelaskan bahawa ketika itu dia berada dalam kecemasan di mana perlu menguruskan pekerja yang terlibat dengan kemalangan.

"Mana yang dulu, saya dulukan.  Perkara kecemasan, bukannya saya datang situ (hospital), saya buat show."


"Saya datang sebab pekerja saya kemalangan, jadi saya kena uruskan semua benda."

"Minta maaf kalau saya terlepas pandang ya."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam individu tersebut sambil menyifatkannya sebagai seorang yang tidak mempunyai ‘common sense’.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang lain memaklumkan Achey merupakan seorang selebriti yang sangat baik dan sporting di mana dia tidak pernah menolak permintaan peminat untuk bergambar.


Sumber: TikTok Achey/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 15-6-2024 12:55 PM
Peminat pun..xpe..org lain dh buat keje..sila kecam dia
Quote doubleA 15-6-2024 01:13 PM
Siapalah hadap dia ni, kalau selisih bahu dgn iols pun takdanya iols nak mintak bergambar
Quote amyfaha 15-6-2024 06:18 PM
Orang gila mana la yg hadap nk bergambar dgn si beruk bingit ni
Quote jihah_kudat 15-6-2024 06:24 PM
aku paling tak suka retis bagi alasan gitu..cakap je mintak maaf tak perlu pun nak mention pergi sana bukan buat show..yes kita faham je ko ada life tapi bagi la sikit masa fans nak bergambar..sebab acik2 ni la yang sokong lawak2 hambar ko dalam tv....done backup fans sendu achey..
Quote rayray28 15-6-2024 06:34 PM
Br tertengok keta keti anak dia tu...tergelak plak hadoiii lawakk..semangat betul anaknya tu bagi makan apa eh? Anak iols ni halus je puas suh mkn mcm2..tp xmau laa chubby sgt cm gitu
Quote beatgirlX 15-6-2024 06:39 PM
Kekadang akuxjmpa je rtis tp nak bergmbar mcm krik2.. Sb time tu dia tgh mkn dgn family la.. Tgh kat spital la.. Kalau lepas buat persembahan atau jmpa tgk lek2 la.. Tapi skg rasa selisih baju pun kekadang x perasan sapa retis ke influencer bagai.. Ramai sgt
Quote drivethru 15-6-2024 07:06 PM
Content bodoh. Xde siapa yg nak bergambar dgn dia. Saja2 buat cerita nak up diri sendiri.
Quote sleepandream 15-6-2024 07:41 PM
ala kekadang bukan minat pon...
tp saja nak show off dekat social media jumpa retis jah...
kowserrr
Quote red_velvet 15-6-2024 09:29 PM
Achey je pun.. beria btulll.... Company aku pernah panggil achey wat show ...aku just tengok je dari jauh.. koser nak selfie heh ..btw nak puji jugak, heols peramah n baik je dengan fans yang sibuk nak bersalam n bergambar...wife dia pun baik , senyum je ... Sebab heols mmg tengah kerja kan... Yang ni dekat hospital of course ada urusan penting - kalau tak family sakit, staff yg sakit, takpun anak bini sakit... So wajar la kalau dia tak layan org nk selfie..
Quote Belibis 15-6-2024 10:51 PM
doubleA: Siapalah hadap dia ni, kalau s ...

Tu la pasal...baik la bergambar dengan kucen jalanan.[em:3:]
Quote theotherfriend 15-6-2024 11:27 PM
Kat hospital pun, agak2la…
Quote rain2169 15-6-2024 11:51 PM
Alahai…. Hadap sgt nak bergambar dgn retis.
Kalau I…… ishhh tak kuasa…..
Quote September14 15-6-2024 11:58 PM
Desperate nya dgn acey mcmni pun nk bgambar? Ayyooo
Quote jejaka_hensem 16-6-2024 12:00 AM
Artis terpaling iols nak jumpa adalah Fazura dgn Mimi Lana je.
Yg lelain tu,takde peluang lagi nak minat
Quote TeropongThaico 16-6-2024 12:08 AM
Tak salah baru ni dgr sapa nak bergambar dgn dia kena derma duit utk tabung apa tah. Hagaknya itu salah satu sbb kot
Quote anony-mous 16-6-2024 04:18 AM
Euw dgn achey pon ko nk terhegeh2
Quote ezacbee 16-6-2024 04:24 AM
Cakap je elok2 suruh tunggu jap. Nak settle hal penting dulu. Bangang gak peminat retis ni kat hospital pun nak bergambo dahle retis suam..
Quote akuHavocczz 16-6-2024 07:04 AM
Maybe sebab orang pilah kot. Jarang jarang jumpa retis. Tu yang hamak nak bergambar walaupun retis tak bergred. Kalau KL, retis berlaga bahu pastu senyum kat kita. Kita siap kekwat tak senyum balik kehkehkeh
Quote amarakasih 16-6-2024 10:57 AM
Iols dari awal tak berkenan dia ni. Tak tau tapi kat air muka nampak sesuatu jer

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.088301 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top