Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta bertutur secara sinis terutama buat peminatnya mengenai perkembangan isu semasa yang berlaku pada masa ini. Isteri kepada pelakon Zain Saidin berpendapat, adalah lebih baik jika orang ramai mula berbasikal apabila menyedari nilai perbelanjaan terutama harga minyak, diesel dan subsidi semakin memberikan kesan dalam kehidupan seharian. Pandangan berbaur sindiran sinis itu dinyatakan aktres berusia 51 tahun selepas kesal dengan segelintir individu yang tidak segan silu berkongsi secara terperinci mengenai perkara yang tidak sepatutnya. Menganggap cerita sebegitu tidak berfaedah, ibu kepada tiga cahaya mata itu menegaskan banyak lagi hal lain yang boleh diberi perhatian daripada isu dalam kain. “Koyak berapa sentimeter pun nak cerita dekat orang. Adui kalian simpan sikitlah malu tu.
“Yang berita pun merapu-rapu cerita sampai dah tak ada cerita ke? Tak ada komen-komen netizen pasal harga diesel naik ke? “Aku rasa macam nak naik basikal je lepas ni. Minyak naik, diesel naik, subsidi dah kena potong. Mari kita berbasikal,” ujarnya sinis. Sumber: Instagram rozitachewan1/OhMymedia |
Afifi82 replied at 15-6-2024 12:26 AM
Awat hazab sgt rupa Nek Ta kat gambar hat depan tu
sharlenetexas replied at 14-6-2024 11:32 PM
Baru cucuk filler ke?
irvene replied at 18-6-2024 01:45 AM
awat lain benor muka dekat IG sendiri dgn IG orang lain? tacood
Sazreena replied at 15-6-2024 02:10 PM
Dia ni cantik masa zaman rania gold..nak plak without mekap.
ADVERTISEMENT