CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

UNIC dituduh songlap muzik komposer Indonesia

14-6-2024 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4937| Komen: 12


Kumpulan nasyid UNIC didakwa menggunakan lagu hasil ciptaan pemuzik Indonesia tanpa kebenaran.

Menerusi satu pendedahan, kumpulan nasyid Indonesia iaitu Azwan sudah memberi nafas baharu kepada susunan lagu Ainul Mardhiah sekitar 2023 dan kemudian  digunapakai UNIC ketika konsert Mega Zikir baru-baru ini.

Dakwa wakil kumpulan Azwan, pihaknya masih menanti respons daripada UNIC selepas beberapa perbincangan menerusi aplikasi WhatsApp sebelum disekat.

“Susunan lagu ini dipinjamkan kepada kami dengan perjanjian profesional.

“Sehingga kini, kami masih menunggu jasa baik kumpulan UNIC untuk menyelesaikan hal ini. Mereka telah menyekat WhatsApp selepas kami menagih hak secara profesional memandangkan pada awalnya susunan ini adalah projek kerjasama.

“Setelah menerima demo, mereka menggunakan susunan lagu ini tanpa pengetahuan dan persetujuan kami,” katanya kepada Kosmo! Online.


Sementara itu, individu terbabit turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualannya bersama anggota kumpulan UNIC iaitu Bazli yang didakwa hanya mahu membayar ganti rugi berjumlah RM800.

Bagaimanapun, pihak Azwan hanya bersetuju dengan bayaran tersebut sekiranya UNIC memuat naik video permohonan maaf secara terbuka atas apa yang berlaku atau harus membeli susunan tersebut dengan harga RM4,000.

Namun, sehingga hari ini UNIC tidak memuat naik sebarang penjelasan lanjut dan permohonan maaf berhubung dakwaan tersebut. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 14-6-2024 11:38 PM
suara fitri ala2 chipmunk sangat yach, tapi masa zaman ngetop dulu iols layan jugak 3 album pertama
Quote imransulaiman 15-6-2024 01:27 AM
Bukan ke asalnya Ainul Mardhiah ni memang lagu UNIC?
Ke lagu AZWAN dinyanyikan oleh UNIC?
Quote phalanx 15-6-2024 05:24 AM
imransulaiman replied at 15-6-2024 01:27 AM
Bukan ke asalnya Ainul Mardhiah ni memang lagu UNIC?
Ke lagu AZWAN dinyanyikan oleh UNIC?

Lagu UNIC. Rasanya kumpulan Indo ni kurang paham soal harta intelek kot, dia ingat kalau dia buat riffs sana sini dekat lagu orang, lagu tu jadi milik dia agaknya
Quote Pujangga22 15-6-2024 09:59 AM
bukan ni mmg lagu asal UNIC ker...
Quote sleepandream 15-6-2024 03:07 PM
yindon buat susunan baru... and UNIC guna susunan baru tu...
secara logik dan common sense nye hakcipta milik komposer asal la kan...

rasanya thats why AJL few years back tak boleh letak dalam youtube sbb ada recording company mcm universal ke apatah tak benarkan... unless dibayar royalti gitu... kalau tak untung siaran youtube tu tv3 yg kaut... walaupun sedikit arrangement lagu dalam AJL tu ditukar...
Quote Sazreena 15-6-2024 03:51 PM
New arrangement pun nak sampai ke indog..lagu nasyid dorang bukannya best sgt cam set-set raihan, rabbani or hijjaz tu. More to lagu konsep ketuhanan la.
Quote imransulaiman 15-6-2024 05:08 PM
phalanx replied at 15-6-2024 05:24 AM
Lagu UNIC. Rasanya kumpulan Indo ni kurang paham soal harta intelek kot, dia ingat kalau dia buat  ...

Tu lah pasal! Kenapa dorang pula yang melebih-lebih claiming?

Aku dulu pun kenal UNIC sebab lagu Ainul Mardhiah
Quote pakwetizzaqyah 16-6-2024 06:24 PM
konoha
Quote Sheila1987 17-6-2024 01:54 AM
Pulakk dah
Quote CikYaYaYa 20-6-2024 11:19 PM
Xpaham laa aku. So sekarang nie kira nya sapa tipi sapaa? Sapaa yg salah?
Quote rxz4727 21-6-2024 12:02 AM
Memang satu negara kanoha ke kaki claim?
Quote supernaturalee 21-6-2024 11:30 AM
nmpk tak profesional both side
especially part bazli, despite dh duk dlm industri dkt 20 thn
& jgk sungguhpun tu lagu korang

now dah kecoh
cer bg pencerahan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065617 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top