CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anakanda Bongsu Tengku Permaisuri Selangor Genggam Ijazah Dengan Kepujian Kelas Pertama Di Universiti Ternama

13-6-2024 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3609| Komen: 14

Description: Seperti mana ibu bapa lain, begitulah yang dirasai oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin apabila anakanda bongsu berjaya menggenggam Ijazah dengan Kepujian Kelas Pert ...


Seperti mana ibu bapa lain, begitulah yang dirasai oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin apabila anakanda bongsu berjaya menggenggam Ijazah dengan Kepujian Kelas Pertama di salah sebuah universiti ternama.


Pada 31 Mei 2024 yang lalu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berangkat ke Switzerland bagi menghadiri majlis graduasi anakanda bongsu Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Adam Salleh bin Mustapha Kamal.

Adam Salleh yang kini berusia 22 tahun menamatkan pengajian selama tiga tahun dari Swiss Hotel Management School (SHMS) dengan Kepujian Kelas Pertama.



Pada hari graduasi tersebut, Adam Salleh menerima Ijazah Sarjana Muda Seni dalam Hospitaliti Antarabangsa dan Pengurusan Acara.




Untuk info, SHMS yang berpengkalan di Caux, Switzerland berada di kedudukan kedua dalam senarai penarafan ‘Best University in the World for Hospitality and Leisure Management’ oleh QS Ranking 2024.

Sumber: Selangor Royal Official/Hijabista.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 14-6-2024 08:32 AM
tahniah utk permaisuri yg soft spoken and x jemu mata memandang ni
Quote forum5290 14-6-2024 11:05 AM
Sebelah dye to suami dye ke?
Quote pittjie 14-6-2024 12:08 PM
forum5290 replied at 14-6-2024 11:05 AM
Sebelah dye to suami dye ke?

ya la tu suami dia. sultan selangor.

Quote fattymah 14-6-2024 07:04 PM
Ingat jadi pilot cam ayah .. tahniah buat anaknya
Quote None68 14-6-2024 09:40 PM
Lagi sweet klu pakai baju kurung kan.
Quote divalaura 15-6-2024 04:27 AM
cantik betul lah TPS ni
Quote becir 17-6-2024 01:00 AM
Bapak kandung tak datang ke
Quote kisahkeaku 18-6-2024 04:39 PM
dia ni ada otak.dah kawen dgn org kaya a.k.a sultan selangor, abes anak2 dia pi hantar belajar obersi universiti pun bagus2.kebetulan anak2 pun mmg cerdik pandai.jadi duit tu dah x jadi isu dah.lepas ni anak2 boleh bertapak sendiri cari kerja bagus2 x harapkan duit papa megah holdings.

korg kalau kawen dgn org kaya ni sambunglaa belajar, abeskan laa duit laki korg kat ilmu, dapat upgrade diri sendiri tu dah cukup bagusla.
tapi datin intan najwa tu dah grad ke belum?
Quote Sazreena 19-6-2024 11:13 AM
Bila bijak berilmu, ko pegang jawatan apa pun walaupun katakanlah through kabel pun org x leh nak bunyik sangat sbb mmg ko boleh. Ni kalau dulu dia ambik loan pun leh convert jadi scholarship..mak bapak kaya so rezeki la.
Quote Ytee 19-6-2024 01:58 PM
divalaura: cantik betul lah TPS ni


kan lawa dia
Quote kamexkame 19-6-2024 04:46 PM
Bestnya untung dapat sambung belajar di tempat best.. bijak pulak tu dapat first class
Quote cempakaa 20-6-2024 06:10 AM
Tahniah first class bukan senang tu.
Quote innocentsangat 21-6-2024 02:25 PM
kisahkeaku replied at 18-6-2024 04:39 PM
dia ni ada otak.dah kawen dgn org kaya a.k.a sultan selangor, abes anak2 dia pi hantar belajar obers ...

Hahaha. Belum. Malas katanya. Nak rest.
Quote innocentsangat 21-6-2024 02:26 PM
Congratulations!

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.044392 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top