CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM dulu bukan takut batal subsidi diesel tapi prihatin pada rakyat - Dr M

12-6-2024 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3205| Komen: 16


Perdana menteri negara sebelum ini tidak membatalkan subsidi diesel bukan kerana takut tetapi prihatin dengan kehidupan rakyat miskin, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir turut mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak menepati janji untuk menurunkan harga minyak jika diberi mandat mentadbir kerajaan persekutuan.

"Kita masih ingat, bila dia kata akan menjadi kerajaan akan turunkan harga minyak. Tapi, hari ini dia naikkan harga diesel RM1.20, kenaikan lebih 50 peratus.

"Kalau naik 10 sen 20 sen tak apa. Ini kenaikkan 50 peratus rakyat akan susah.

"PM sebelum ini bukan takut nak batalkan subsidi tapi prihatin dengan rakyat," katanya di sidang media, di Yayasan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kesemua perdana menteri pada masa lalu bersetuju tentang keperluan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi.


Katanya, perkara itu juga telah dibincangkan sejak 1990-an ketika dia menjadi menteri kewangan lagi.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada perdana menteri sebelum ini sanggup melaksanakan langkah tersebut kerana ia bukan keputusan popular.

Katanya, ahli politik mengambil cara mudah iaitu mengekalkan subsidi walaupun berlaku ketirisan semata-mata demi mendapatkan undi.

Namun, Anwar berkata dia yakin keputusan untuk menghapuskan subsidi menyeluruh akan membantu meningkatkan status negara ini.

Sumber : Malaysiakini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 12-6-2024 11:17 PM
Cubalah ulang tengok video2 manifesto manifesti yg dijanjikan.
Quote mojarean_X 13-6-2024 06:50 AM
Up....mm
Quote otai_g 13-6-2024 07:00 AM
Tambang bas sekolah ok x tu?
Quote mawarika 13-6-2024 07:26 AM
Ganas betul.. mmg tak pedulik langsung hati dan perasaan kami..
Quote ultra78 13-6-2024 07:38 AM
Pada tahun 1990 berapa penduduk malaysia dan berapa bilangan kereta atas jalan. Itu kena ambil kira.

Pada tahun 1990 bilangan penduduk Malaysia adalah separuh daripada sekarang. Bilangan kereta pun sudah tentu kurang daripada itu. Bandingkan dengan zaman sekarang, student masuk universiti pun diberikan kereta oleh ibu bapa. Terlalu banyak kereta atas jalan akibat dasar automotif dan subsidi minyak.
Quote pokokmeranti 13-6-2024 07:39 AM
pintu neraka terbuka seluas-luasnya kepada Rafizi dan Anwar.
Quote ctaz 13-6-2024 08:35 AM
[youtube]-RX_8Xs1j6k[/youtube]
Quote ctaz 13-6-2024 08:36 AM
SEMBANG....BABI PUN BOLEH TERBANG
Quote FOTHER-MUCKER 13-6-2024 08:45 AM
ultra78 replied at 12-6-2024 03:38 PM
Pada tahun 1990 berapa penduduk malaysia dan berapa bilangan kereta atas jalan. Itu kena ambil kira. ...

Saya masih ingat lagi pada tahun 90an petrol 9? berharga rm1.5sen seliter.
Quote lipans 13-6-2024 12:02 PM
zaman najib betul. tak tahan subsidi makin byk, tarik subsidi minyak, perkenal cukai gst, bagi br1m sebagai ganti subsidi minyak kpd b40 & m40.

zaman najib jatuh, perkenal semula sst, bagi semula subsidi, pastu komplen tak mampu nak tampung subsidi, tarik semula subsidi.

2 kali rakyat bantah tarik subsidi minyak. 1st zaman najib. 2. zaman madon.
Quote Decaffeinated 13-6-2024 01:31 PM
Ya lah tu bukan takut tapi prihatin. Ada ka acik2 yang percaya?
Quote vespa_oren 13-6-2024 01:49 PM
zaman tun M dulu gaji gomen pun murah, dulu org rebut keje swasta pandang lekeh keje gomen, tpi akak aku masuk gomen gak keje engineer bersara zmn skrg, semua tgk dia beruntung
Quote AbukRokok 13-6-2024 02:13 PM
FOTHER-MUCKER replied at 13-6-2024 08:45 AM
Saya masih ingat lagi pada tahun 90an petrol 9? berharga rm1.5sen seliter.

zaman najib pernah sebentar Rm1.70 2015 rasanya xluak minyak
Quote tripleid 13-6-2024 02:46 PM
Bak kata p.ramlee..Dah tua-tua pon bodohh..

sejak bila plak kjaan mansuh sabsidi?


Screenshot_2024-06-13-14-30-04-118_com.google.android.youtube-edit.jpg
Quote renko 13-6-2024 04:18 PM
ye yeee jeee
Quote Decaffeinated 13-6-2024 10:41 PM
Cucuk selagi bernyawa.

sebab dah tak banyak masa.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.061679 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top