CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Ada Tarian Singa, Kompang & Gendang India” – Kenduri Kahwin Himpun Budaya Kaum Di Malaysia Curi Tumpuan

12-6-2024 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3110| Komen: 6


Majlis persandingan merupakan kemuncak dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di mana pada hari tersebut pasangan pengantin diraikan sebagai raja sehari.

Lazimnya, majlis yang diadakan amat meriah dan dipenuhi dengan aktiviti hiburan seperti joget lambak atau persembahan muzik bagi meraikan hari istimewa itu sekali gus menghiburkan tetamu yang hadir.

Jika dilihat dikebanyakan kenduri kahwin masyarakat melayu, kebiasaannya aktiviti atau program yang dipilih adalah berkaitan dengan budaya dan adat kaum itu sendiri.

Namun, berbeza pula dengan kenduri kahwin yang dihadiri oleh seorang pengguna TikTok. Menerusi video yang dikongsikan di akaun @lovehazirah_, wanita itu berkongsikan pengalamannya menghadiri majlis perkahwinan yang penuh dengan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.

Difahamkan, kenduri kahwin yang dihadirinya itu merupakan kenduri kahwin sepupunya sendiri yang telah diadakan di Dewan Hang Tuah, Melaka.


Apa yang menjadi perhatian adalah sambutan majlis tersebut yang meriah dan penuh dengan pelbagai budaya masyarakat Malaysia di mana adanya kompang, tarian singa dan gendang India.

Malah, pasangan pengantin Melayu itu turut dipakaikan kalungan bunga malai yang sinonim dengan masyarakat India dan ketibaan mereka turut disambut dengan paluan gendang serta tarian singa.

Melalui video berkenaan, kelihatan tetamu yang hadir turut merasakan kemeriahan majlis tersebut apabila kebanyakan daripada mereka dilihat gembira dengan keadaan itu

“Meriahnya! Pertama kali pergi majlis kahwin ada tarian singa, kompang dan gendang India.

“Seronok! Perpaduan kaum sangat,” tulis Hazirah menerusi ruangan kapsyen.


Kemeriahan majlis perkahwinan itu turut dikongsi oleh pengguna akaun TikTok lain seperti @mizieayu8788 dan @fxdhilrhmn__ yang turut sama hadir ke majlis berkenaan.



Video yang telah mendapat lebih 300 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Mengintai ke ruangan komen, warganet dari pelbagai bangsa meluahkan rasa kagum dengan kemeriahan dan keharmonian yang ditunjukkan dalam majlis tersebut.

Rata-rata berpendapat semangat yang ditunjukkan dalam video ini adalah bukti perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Berikut antara komen warganet:





Sumber : TikTok/ Buzzkini.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-6-2024 03:43 PM
Pengantin ada DKK ke? siap pakai bunga malai, gendang2 sudah la kot... gabau kawin nanti anak cucu konpius... hihihihi
Quote supernaturalee 12-6-2024 04:14 PM
Quote supernaturalee 12-6-2024 04:14 PM
Quote honey_yayan 12-6-2024 04:28 PM
Ada bacaan doa tak
Quote pooh~key 12-6-2024 07:39 PM
Lobai lobainita pasti panas hati panas jubo stok air zam2 nak sejukkan badan pulak belum sampai dari mekoh katanya sissy.
Quote hokeypokey 13-6-2024 01:06 AM
bior ler dia nak kelainan skit.. ok lagi dari kawen pakai baju ultraman

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.118214 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top