CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M perjelas sejarah Johor - “Negeri yang pertama menandatangani Perjanjian MacMichael iaitu menyerahkan Johor kepada British"

12-6-2024 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19469| Komen: 197


KUALA LUMPUR - Johor adalah negeri yang pertama menandatangani Perjanjian MacMichael iaitu menyerahkan Johor kepada British dan hanya masalah pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh Raja, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu memaklumkan, perjanjian itu dapat dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu bergabung dalam satu pertubuhan yang dinamakan Umno (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) dan membantah serta menolak perjanjian MacMichael dan Malayan Union.

“Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung, British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka.

“Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union,” jelas Dr Mahathir.

Justeru menurut beliau, Raja-Raja pun dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) dalam Demokrasi Berparlimen.


“Demikian sejarah. (Semua ini terdapat dalam verbatim report berkenaan Malayan Union keluaran British Archives),” katanya.


Terdahulu, Kerajaan Johor memohon Kerajaan Persekutuan supaya 30 peratus hasil cukai negeri diberikan kepada Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata perkara itu penting bagi memastikan Bangsa Johor terus mendapat limpahan hasil negeri untuk segala pembangunan negeri ke tahap yang lebih baik.

“Selari dengan dengan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, baru-baru ini, kerajaan Negeri telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya sekurang-kurangnya 30 peratus hasil cukai negeri diberikan kepada negeri.

“Permohonan ini telah dibuat semasa sesi terima menghadap Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican; Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron dan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan, Datuk Shahrol Anuwar Sarman, hari ini.

“Antara perkara lain yang dibincangkan adalah mengenai cadangan membina persimpangan bertingkat baharu di Link Kedua, projek pembinaan baraj dan takungan air pinggiran sungai di Sg Sedili Besar dan program pemuliharaan Sungai Skudai di Kulai dan Johor Bahru.

“Turut dibincangkan adalah projek khas berimpak tinggi negeri Johor iaitu cadangan pembangunan Sistem Aliran Transit Automasi Bertingkat atau Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART), bagi sistem pengangkutan awam di Wilayah Iskandar Malaysia dan cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) dari Mersing – Kota Tinggi – Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahad lalu, Tunku Mahkota Ismail dilaporkan mencadangkan Johor untuk mewujudkan Gabungan Bangsa Johor supaya sentimen politik dan kepentingan negeri ini diputuskan oleh rakyat Johor dan bukan orang luar.

Baginda dilaporkan bertitah, Gabungan Bangsa Johor itu boleh memperbaiki sistem dalam negeri ini demi kepentingan kehidupan generasi akan datang supaya lebih terpelihara.

“Kita perlu lihat kepentingan sesuatu agenda itu apa yang memberi manfaat kepada negeri kita. Sampai bila Johor nak jadi pengemis.

“Biar Johor jaga kepentingan negeri kita sebab di Putrajaya, mereka tidak faham sentimen keperluan kita, saya nak tengok yang bangunkan negeri ini anak-anak Johor, bukan orang lain.

“Kalau kita ada Gabungan Bangsa Johor macam parti politik di Sarawak, jika Sarawak boleh buat, kita pun boleh buat. Itu saya harap akan berubah dari segi cara pemikiran dengan ada gabungan ini.

“Jika tidak ubah cara pemikiran kita, saya fikir sampai bila-bila Johor akan jadi pengemis, sampai bila-bila Johor kena minta permohonan, itu pun tengok juga kalau kita ini jadi keutamaan atau tidak,” titah baginda ketika sesi podcast secara langsung pada Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity.

Sumber : SuaraTV

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bayan_nuri 12-6-2024 12:57 PM
@stingerbumpy pagi tadi kau tanya komen Che Det kan?
Quote cm_vungtau 12-6-2024 01:07 PM
Yang ni memang betul. Kelakar. At least sultan negeri lain hesitate juga nak sign document. Dalam sejarah aku rasa ni bab aku leh bahan laki aku
Quote shida81 12-6-2024 01:11 PM
Bukan tok ke moyang dia dulu x setuju merdeka.. Ada clip suara dia.. Dia ckp klu kt merdeka x di bawah British kt akan jd negara yg mundur
Quote gigahertz 12-6-2024 01:20 PM
cm_vungtau replied at 12-6-2024 05:07 AM
Yang ni memang betul. Kelakar. At least sultan negeri lain hesitate juga nak sign document. Dalam se ...

Temenggung lepaskan Singapore pada british untuk mengejar Johorsebab tanah Johor luas dan besar
Quote lostnfaun 12-6-2024 01:38 PM
Bila sekali tun cakap guna fakta & sejarah. Tak pasal² orang gali sejarah² lama Johor.
Quote nazzse 12-6-2024 02:00 PM
Bahahahahah.. tak pasal2 dapat malu. Sebab tu la pelajaran & ilmu tu penting
Quote ninja boy 12-6-2024 02:01 PM
Moyang7 hafiz dan moyang7 itu itu
Quote Thunderclouds 12-6-2024 02:07 PM
Geli pulak aku kulur kilir bangsa j.
Kaum baru bangsa mesia ke tuh.
Quote JunkMail 12-6-2024 02:08 PM
Bila digelar budak bodoh marahhhh... Tapi tu lah.. sejarah negeri sendiri pun tak tau alih alih we are partners
Quote Orix 12-6-2024 02:09 PM
bila org bercakap dengan fakta...... Burn lagi Tun, BURNNNNNNNNNNN them all hahahahaha
Quote ayukpingu 12-6-2024 02:18 PM
kasi lagi kasi lagi...biar sampai terbeliak diaorg cek balik buku sejarah.

Quote shuk_one 12-6-2024 02:21 PM
Tun nih, umur cam gitu pun dia masih ingat
Quote 123456 12-6-2024 02:27 PM
[twitter]https://twitter.com/muhammadnajib79/status/1800719088806924796[/twitter]
Quote rikiruj 12-6-2024 02:29 PM
walking history book… orang lain bole la..
Quote Claudia_Lestat 12-6-2024 02:37 PM
shuk_one replied at 12-6-2024 02:21 PM
Tun nih, umur cam gitu pun dia masih ingat

kannnn... daya ingatan Tun ni mmg superb betul.
Quote ifanonline 12-6-2024 02:43 PM
bab sejarah ni jgn buat main dgn Tun

orang lain masih sperma lagi, tun dah jadi menteri
Quote AbukRokok 12-6-2024 02:44 PM
perang besar jap lagi dengan korn pun sekali
Quote koko2 12-6-2024 02:45 PM
sbb tu la aku syg Tun ketat2... Gifted Brained
Quote hashashes 12-6-2024 02:46 PM
Jangan ada kenyataan balas pulak daripada mail. Tak baik tauuu lawan org tua

Lihat semua komen(197)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050795 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top