Dalam suasana yang penuh kemeriahan, pelakon Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann, baru-baru ini mengadakan majlis resepsi kedua sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Majlis yang berlangsung di sebuah hotel mewah di Putrajaya itu, bukan sekadar perayaan ulang tahun, tetapi juga simbolik harapan dan doa pasangan ini untuk dikurniakan cahaya mata. Janna Nick mendedahkan bahawa majlis resepsi kedua ini pada asalnya dirancang untuk tahun lalu. Segala persiapan termasuk tempahan dewan dan busana perkahwinan telah dibuat. Namun, pasangan ini memutuskan untuk menangguhkan majlis tersebut kerana merasakan tiada keperluan untuk mengadakan satu lagi majlis selepas pernikahan mereka di Pulau Langkawi, Kedah. “Memandangkan segala tempahan sudah dibayar dan wang pendahuluan tidak boleh dikembalikan, mahu atau tidak saya kena buat satu lagi majlis di sini. Jadi kami harap dengan adanya majlis resepsi kedua ini ramai yang dapat mendoakan kehadiran bayi dalam perut saya,” ujar Janna dengan penuh harapan.
Janna, yang telah mencapai banyak kejayaan dalam karier seni dan kehidupannya, kini hanya menantikan satu impian lagi – menjadi seorang ibu. “Saya memang nak timang anak secepat mungkin kerana saya sudah mencapai segala yang diinginkan dalam karier seni dan kehidupan saya. Tiada apa lagi yang saya nak kejar selain menjadi seorang ibu,” katanya. Dini Schatzmann, sebagai suami yang penyayang dan penyokong setia, selalu mengingatkan Janna supaya tidak putus harapan. “Alhamdulillah ramai yang mengaminkan doa kami apabila menyebut mengenai nak timang anak. Memang itu adalah salah satu keinginan kami sekarang. Tapi dalam waktu sama kami selalu mengingatkan satu sama lain supaya jangan putus harapan dan teruskan berdoa serta perlu percaya kepada perancangan Allah SWT kepada hamba-Nya,” kata Dini. Dini juga berharap bahawa dengan kehadiran ratusan tetamu pada majlis resepsi ini, doa mereka untuk dikurniakan cahaya mata akan dimakbulkan. “Siapa tahu dalam ratusan tetamu yang hadir pada majlis resepsi kedua ini ada doa yang diangkat dan kami dikurniakan cahaya mata,” tambahnya. Sumber : Murai.my |
sukanyanyi: Edited by sukanyanyi at 12-6- ...
sukanyanyi: Edited by sukanyanyi at 12-6- ...
sukanyanyi replied at 12-6-2024 09:51 AM
kan betol, seperti meols saspek, sheols nak ramai org doakan, tu yg duk canang pasal ni. apa kata bu ...
zuuu replied at 12-6-2024 02:24 PM
X salah kalo nk netz doakan dia,dh nama pon selebriti,dikenali ramai,fans2 pon pasto doakan yg bai ...
ADVERTISEMENT