Pelakon Elisya Sandha berkata ibu mentuanya yang juga pelakon dan pengarah Sheila Rusly sudah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua apatah lagi cucu culungnya sudah berusia dua tahun. Memetik Astro Gempak, Elisya berkata buat masa ini dia dan suaminya, Uzair Haqimy belum ada perancangan untuk menambah ahli keluarga kerana masing-masing sibuk mencari duit. “Itu (zuriat) juga dalam perancangan…mak mentua dah tanya sebenarnya, dia cakap ‘ha Elisya dah boleh dah ni, Bunga dah besar, bagi la anak lelaki seorang. “Cuma saya dan suami cakap kalau ada rezeki itu, why not, just go for it. Tahun ini memang agak sibuk untuk cari duit, yelah saya nak beli rumah, suami pula nak bawa saya pergi umrah. “Ibu saya sendiri tak kisah sebab cucu dia dah ramai. Mak mentua saya pula, cucu dia baru seorang. Itu yang tanya bila nombor dua, Insya Allah ada rezeki tahun depan,” katanya.
Dalam pada itu, Elisya berkata dia kini dalam proses membeli rumah landed berharga RM1.2 juta dan itu adalah impiannya untuk memiliki rumah sendiri apabila berusia 25 tahun. “Saya memang sasarkan untuk beli rumah sendiri. Memang masa zaman sekolah, saya dah tanam hasrat bila umur 25 tahun kena ada rumah sendiri. Alhamdulillah, saya masih merancang dan Insya-Allah tahun ini saya akan ada rumah sendiri. Yang sekarang ini, saya tak anggap rumah saya sebab itu suami yang beli. “Saya nak ada rumah hasil duit saya sendiri yang susah payah kumpul. Ikutkan saya dah jumpa rumah ini, tengah tunggu nak bayar duit pendahuluan,” katanya. SUMBER: Astro Gempak/Rotikaya |
ADVERTISEMENT