Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Azlee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario hari ini. Anwar berkata, Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau bagi menyampaikan sumbangan kepada pelawak dan pelakon berusia 56 tahun tersebut. “Beliau (Azlee Senario) sebelum ini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung di rumahnya. “Alhamdulillah beliau telah dibenarkan pulang dan kesihatannya bertambah baik. Saudara Farhan turut sampai sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mendoakan semoga Azlee Senario diberi kesihatan yang baik untuk terus berkarya. Media sebelum ini melaporkan, Azlee Senario dikejarkan ke IJN ekoran masalah saluran darah pada jantungnya tersumbat.
Beliau ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) untuk pemantauan selepas menjalani prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil). Sumber – KOSMO! ONLINE |
timah03 replied at 11-6-2024 10:22 PM
Kenapa dapat sumbangan ye... Bkn dia hari tu main tiktok dapat puluh ribu ke...
MakcikTermenong replied at 12-6-2024 04:18 PM
Sorry to say la..anggota senario paling x diminati..gatal! (tetibe makcik terimbas zaman jom heboh d ...
makiting replied at 12-6-2024 09:10 PM
https://www.facebook.com/share/p/W9MFyfN6vfGRJ1wo/?mibextid=oFDknk
sharlenetexas replied at 13-6-2024 01:15 AM
Ko dah lupa bapak dalam kubur ke?
sharlenetexas replied at 13-6-2024 01:15 AM
Ko dah lupa bapak dalam kubur ke?
fattymah replied at 13-6-2024 02:15 AM
Sapa uit.. tadak efbi ha
makiting replied at 12-6-2024 09:10 PM
https://www.facebook.com/share/p/W9MFyfN6vfGRJ1wo/?mibextid=oFDknk
ADVERTISEMENT