Pelakon Azhar Sulaiman tampil memberi nasihat buat kedua anaknya, Kasih Iris Leona dan kembar, Andika Rees setelah mereka berdua tampil dalam sebuah program hiburan anjuran Astro. Kata Azhar, dia mungkin akan mengundur diri kerana kedua-dua anaknya seperti sudah tahu membawa diri dan haluan masing-masing.
"Mungkin sudah tiba masanya Behar mengundurkan diri dari Public Eyes. My Twins, Rees & Leona nampaknya sudah tahu membawa diri dan terbang sendiri." "Nasihat Daddy, jadilah orang yang berguna kepada masyarakat dan sentiasa bersikap seperti Padi." Anak Azhar Sulaiman terutamanya Kasih Iris Leona sering mencuri tumpuan warga maya gara-gara perkongsiannya mengenai aktiviti harian di media sosial.
Malah, Leona yang muncul dalam satu podcast tampil menuai pelbagai respon positif dalam kalangan netizen gara-gara personalitinya yang matang meskipun masih berada di usia yang muda. SUMBER : Instagram/Beautifulnara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|