Baru-baru ini pelakon Syatilla Melvin dan suaminya, aktor Shaheizy Sam telah meraih tumpuan netizen selepas Syatilla memuat naik satu hantaran di media sosial dan memberitahu mereka sekeluarga telah diserang sakit tanpa mengetahui puncanya. Menurut aktres ini, pada awalnya kedua-dua anak perempuannya yang diserang muntah-muntah dan cirit-birit. Tak lama kemudian, Syatilla sendiri mengalami demam dan matanya merah seperti dalam hantaran yang dikongsikan di Instagramnya.
"Syatilla pula sebelum demam, mata sudah tidak selesa, gatal dan berair serta rasa kabur. Selepas mata dia mula nak okey, sehari selepas anak-anak demam, Syatilla pula demam. "Bila sudah mula muntah-muntah, mata Syatilla yang sebelum itu mula okey menjadi merah seperti pembuluh mata pecah." Rentetan itu, mereka sekeluarga telah pun mendapatkan rawatan di hospital berhampiran dengan rumah mereka. Namun begitu, selepas sehari mereka diminta pulang memandangkan jarak rumah dengan hospital amat dekat dan mudah ke hospital semula jika ada kecemasan. Di samping itu, Sam yang merupakan orang terakhir dijangkiti sakit tersebut bersyukur kerana anak sulung mereka tidak dijangkiti seperti yang lain. "Kami semua tumbang dan lembik termasuklah saya yang menjadi orang terakhir sekali berjangkit." "Tetapi Syeriv kuat, hanya dia sahaja yang tidak mengalami sebarang simptom dan berada dalam keadaan sihat. Terima kasih untuk semua peminat dan rakan-rakan yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga saya."
Untuk info, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syariv Samheizy, 7, Sarima Samheizy, 5, dan Salama Samheizy, 2. SUMBER : Instagram/Beautifulnara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|