View: 20145|Reply: 6
|
“Mata Jadi Merah Macam Pembuluh Mata Pecah..” – Syatilla Melvin & Keluarga Diserang Sakit, Syukur Anak Sulung Seorang Tak Terjangkit
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini pelakon Syatilla Melvin dan suaminya, aktor Shaheizy Sam telah meraih tumpuan netizen selepas Syatilla memuat naik satu hantaran di media sosial dan memberitahu mereka sekeluarga telah diserang sakit tanpa mengetahui puncanya.
Menurut aktres ini, pada awalnya kedua-dua anak perempuannya yang diserang muntah-muntah dan cirit-birit. Tak lama kemudian, Syatilla sendiri mengalami demam dan matanya merah seperti dalam hantaran yang dikongsikan di Instagramnya.
"Syatilla pula sebelum demam, mata sudah tidak selesa, gatal dan berair serta rasa kabur. Selepas mata dia mula nak okey, sehari selepas anak-anak demam, Syatilla pula demam.
"Bila sudah mula muntah-muntah, mata Syatilla yang sebelum itu mula okey menjadi merah seperti pembuluh mata pecah."
Rentetan itu, mereka sekeluarga telah pun mendapatkan rawatan di hospital berhampiran dengan rumah mereka. Namun begitu, selepas sehari mereka diminta pulang memandangkan jarak rumah dengan hospital amat dekat dan mudah ke hospital semula jika ada kecemasan.
Di samping itu, Sam yang merupakan orang terakhir dijangkiti sakit tersebut bersyukur kerana anak sulung mereka tidak dijangkiti seperti yang lain.
"Kami semua tumbang dan lembik termasuklah saya yang menjadi orang terakhir sekali berjangkit."
"Tetapi Syeriv kuat, hanya dia sahaja yang tidak mengalami sebarang simptom dan berada dalam keadaan sihat. Terima kasih untuk semua peminat dan rakan-rakan yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga saya."
Untuk info, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syariv Samheizy, 7, Sarima Samheizy, 5, dan Salama Samheizy, 2.
SUMBER : Instagram/Beautifulnara
|
|
|
|
|
|
|
|
Wei.
Aku penah.
Tp sbb migraine terok pecah blood vessel kt mata tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 5-6-2024 07:02 AM
Wei.
Aku penah.
Tp sbb migraine terok pecah blood vessel kt mata tuh.
Boleh buta ke eh, kalau kena macam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
jambatannetizen replied at 5-6-2024 07:13 AM
Boleh buta ke eh, kalau kena macam ini.
Ntah.
X affect vision pon.
Aku lgsung xperasan. Laki aku tegur baru aku tilik kt cermin.
Doktor pn rilek jer |
|
|
|
|
|
|
|
samalah baru kena last week, migrain teruk dekat seminggu sampai merah mata dalam...g klinik relax ajer dr nya...kita ni da kalut da..huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
aku semenjak last year kalau demam mesti jadi macam ni..so sekarang mmg kalau nak demam, cepat2 makan pcm n piriton/loratadine siap2 atau minum air kelapa asalkan tak demam..rimas sbb mata berair |
|
|
|
|
|
|
|
I pun baru kena hari tu. Tetiba ada blood spot kat mata tapi slowly mengecil. Ada lah beberapa hari. Takde plak sakit pape, maybe cuaca panas kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|