CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tahu Dia Sedang Berbahagia Di Sana” – Ramai Tertunggu Ina Naim Buat ‘Live’ TikTok, Tetap Tabah Setelah Kematian Suami

4-6-2024 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24677| Komen: 190


Ramai sebenarnya yang menantikan kemunculan balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim untuk tampil melakukan siaran langsung di media sosialnya.

Semenjak kematian suami, Ina Naim dilihat sebagai seorang yang kuat dan positif dalam membesarkan anak-anaknya.

Terbaru, Ina atau nama sebenarnya Nor Diana Naim itu ada berkongsi perasaaannya setelah kehilangan suami tercinta beberapa bulan yang lalu.


Kata Ina, dia memilih untuk tidak terlalu meratapi pemergian arwah Suhaimi kerana yakin suaminya itu sedang berbahagia di alam sana.

"Kita jangan sedih sangat, setiap orang Allah uji. Cuma kita tak tahu ujian kita macam mana."


"Sabar, reda. Allah ada. Ada nikmat yang Allah nak bagi tapi kita tak tahu."

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengagumi ketabahan wanita itu dan terkenang akan kebijaksanaan arwah Suhaimi dalam mendidik isterinya itu tentang erti reda.


Sekadar info, bekas penyanyi In-Team, Suhaimi Saad telah meninggal dunia pada 15 November lalu setelah mengalami masalah kesihatan sejak Oktober tahun yang sama.

Allahyarham dilaporkan mengalami jangkitan kuman di paru-paru sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di HSI.

Hasil perkongsian hidup bersama Ina, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anarina 4-6-2024 11:19 PM
Ina ni lawo benornya natural beauty, she can go far now, nak sgt tgk she thriving
Quote zuriey 5-6-2024 12:04 AM
Benda pertama patut ko fikir adalah pendidikan ank2 ko..
Allah dah bagi ko jalan keluar sebenarnya
Jln keluar dari kesusahan juga mungkin
Ko tak npk lagi kah ina..
Ko patut bersyukur Allah ambil ss awal
Jadi ko boleh sekolahkan ank2 ko dengan lebih baik..takkan la ko sbgai mak gamak tgk ank2 ko tak ada pendidikan.
Quote kashaz 5-6-2024 12:23 AM
So apa sumber income fmly depa sekarang ni? Atau royalti mmg byk ke?
Quote LemakPetai 5-6-2024 12:42 AM
Doakan ss kat sana sehat? Konfiusnya ai.
Quote Itzy 5-6-2024 12:51 AM
zuriey: Benda pertama patut ko fikir a ...


Ajaran agama adalah pendidikan hakiki. Ramai orang sekarang belajar tinggi tapi takde iman. Agama kelaut.
Quote sayurmayur88 5-6-2024 07:14 AM
semoga yang baik2 buat Ina dan anak2.. semoga dipermudah semuanya..al fatihah utk arwah Suhaimi
Quote johan-adx 5-6-2024 07:48 AM
zuriey replied at 5-6-2024 12:04 AM
Benda pertama patut ko fikir adalah pendidikan ank2 ko..
Allah dah bagi ko jalan keluar sebenarnya
...

aku rasa ss hari2 buat kelas utk anak dia hari2
dr pg smp mlm penuh dgn jadual yg dh disusun
silap2 anak dia lg berilmu dan lbh cerdik dr yg lain2
Quote BoongaKertas 5-6-2024 08:15 AM
shes one strong lady indeed. hebat sheols.
Quote lasagna 5-6-2024 09:11 AM
so skrg sheol bekerja ke camne ni?
kena laa struggle sket utk besar kan anak2.
Quote supernaturalee 5-6-2024 09:31 AM
baru ni kemas2 stor
sekali dlm bnyk2 timbunan paper2 lama,
ternampak artikel dlm paper tu psl kemenangan arwah kak deeb terlalu istimewa di hits1 rtm, 2nd kak mitch dgn nafas cahaya

so baca la balik artikel tu ...
tgk2 antara finalisnya si mawi, adam, farawahida & few artiste
last but not least si ina naim ni
i was like...seriously?
tak igt plk mlm pertandingan tu ada tgk ke tak
tah mcmn la agknya die perform live ye

Quote Madel 5-6-2024 09:37 AM
Lepas arwah meninggal bnyk kali dah kot Ina ni drive gi Kelantan jumpa jiran2 lama dia
Hari raya baru ni pun elok je depa sekeluarga berbaju sedondon.
Bila tinggal dgn mak ayah ni, kehidupan ina n anak2 jauhh lebih senang n mewah dah kot.
Anak2 bujang dia pun lebih terbuka minda tinggal kat felcra sana.
Banding wktu hidup dgn Sohai.
Mayb ini la hikmah nya...opps
Quote Zeatyisaac 5-6-2024 10:10 AM
Semuanya baik2 sahaja. Anak2 dia pun pandai2. Harap Ina register anak2 dia untuk SPM persendirian. Anak2 dia boleh pergi jauh dengan adanya sijil, ditambah pulak miliki ilmu agama yang cukup baik.
Quote Dodod 5-6-2024 12:01 PM
Orang yg jg agama ni,in shaa Allah jg..
Bagus ss ni dlm mendidik keluarga..org yg Allah bg faham agama ni sgt2 beruntung..steady ina dgn anak2 walaupun kita tau mereka sedih..smg yg baik2 buat keluarga mereka..
Quote zuriey 5-6-2024 12:24 PM
johan-adx replied at 5-6-2024 07:48 AM
aku rasa ss hari2 buat kelas utk anak dia hari2
dr pg smp mlm penuh dgn jadual yg dh disusun
silap ...

Lebih cerdik hangguk hang
Membaca pun gagap2
Quote zuriey 5-6-2024 12:58 PM
Itzy replied at 5-6-2024 12:51 AM
Ajaran agama adalah pendidikan hakiki. Ramai orang sekarang belajar tinggi tapi takde iman. Agama  ...

Dunia dan akhirat dua2 kena kuasai..
Ostat mana kata agama je ko perlu belajar?
Ilmu dunia tak perlu..
esok2 dah tak de cerdik pandai nak kuasai bidang kepakaran ko nak beranak melolong2 nak doktor ppuan celah mana nak cari..




Quote yururi 5-6-2024 01:04 PM
Kesian kak Ina macam tgh tahan nangis. Bagus didikan agama SS. I pon rindu tengok live SS, selalu tengok time tengah hari camni
Quote Minyakyuyi 5-6-2024 01:44 PM
Madel replied at 5-6-2024 09:37 AM
Lepas arwah meninggal bnyk kali dah kot Ina ni drive gi Kelantan jumpa jiran2 lama dia
Hari raya bar ...

Ada tgk lalu kt tt sheols naik kereta baru..boleh tukaq dh la..da duit dh
Quote aemon 5-6-2024 02:01 PM
anarina replied at 4-6-2024 11:19 PM
Ina ni lawo benornya natural beauty, she can go far now, nak sgt tgk she thriving

memang la lawa.kembar lopak kot.cuma versi hidung je tak sama.
Quote Noraniza_Iblis 5-6-2024 02:04 PM
supernaturalee replied at 5-6-2024 09:31 AM
baru ni kemas2 stor
sekali dlm bnyk2 timbunan paper2 lama,
ternampak artikel dlm paper tu psl kemena ...

iolss ingat lg yachhh... mase ni,dgn baju merah... bunga reflisiaaa sebesar muka, tepek kt tudung die mase tu...

Lihat semua komen(190)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.063851 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top