Oleh Izzah Abbasy
Kadar peratusan menabung dalam kalangan rakyat adalah sekitar 38 peratus bagi sesebuah negara maju tetapi jumlah itu masih terlalu jauh untuk Malaysia. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, disebabkan keadaan berkenaan, kapasiti pelaburan oleh institusi perbankan tempatan juga terhad menyebabkan kerajaan masih perlu bergantung kepada pinjaman luar untuk membiayai kos pembangunan dan pembinaan infrastruktur. Sehubungan itu, beliau menggesa institusi perbankan memainkan peranan lebih agresif mempertingkatkan kesedaran rakyat supaya menabung dan bukan hanya bergantung kepada skim caruman wajib seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata. Kredit Foto : www.freemalaysiatoday.com “Orang mungkin bertanya bagaimana nak menyimpan kerana kos sara hidup sekarang tinggi, tetapi pada saya jika amalan itu terdidik sejak awal, kita mampu melakukannya,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN). Ahmad Zahid mahu BSN mencari penyelesaian segera bagi mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) bank tersebut. Masalah yang membawa kepada NPL ini sebenarnya adalah sikap peminjam itu sendiri yang liat membayar kerana mereka beranggapan BSN ini milik kerajaan, sebab itu BSN perlu mendidik peminjam dengan tindakan yang lebih tegas. - CARI Infonet
|
bluehedgehog replied at 15-12-2015 05:08 PM
jgn ko ingat org mesia ni miskin tau...
tiada wang dlm bank
tp ada emas 1.7689kg dlm kotak biskut ...
kentel replied at 16-12-2015 09:24 AM
nk nyimpan celah juboh nya....smua bnda naik...hihihi...smua sbb tuan ko la naikkan smua..anjin cm k ...
MeghanK replied at 16-12-2015 09:35 AM
kan..bodo menteri mesia ni..kuar statement main hembus je
kentel replied at 16-12-2015 09:39 AM
huhuhu..menteri malaysia..kalau x bodo x de la dilantik munturik
MeghanK replied at 16-12-2015 09:41 AM
yelah, takkan bangjib nak lantik menteri pandai pulak kan..kena pijak kepala pulak nanti
kentel replied at 16-12-2015 09:46 AM
yang baru bangkit dari tido lena smua kena tendang
bluehedgehog replied at 16-12-2015 09:08 AM
jgn ko ingat org mesia ni miskin tau...
tiada wang dlm bank
tp ada emas 1.7689kg dlm kotak biskut ...
ninjago replied at 16-12-2015 09:40 AM
apa tujuan dorg kuarkan statistik2 pasal savings and spending skarang2 nie?? nak justify pasal kenai ...
ADVERTISEMENT