Selepas 10 tahun berkahwin tanpa dikurniakan cahaya mata, penyanyi Marsha Milan mengakui mahu mencuba kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF), namun belum berkesempatan berbuat demikian. Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 39, berkata, dia dan suami masih mencari waktu sesuai memandangkan proses rawatan tersebut menuntut tempoh masa yang panjang. “Sebenarnya sudah ada perancangan untuk IVF dari tahun lepas tetapi saya tiada masa lagi, seperti semua maklum kaedah berkenaan memerlukan komitmen penuh dari segi waktu. “Perkara ini pun dah bincang dengan suami, dia setuju sahaja. Kami sudah berjumpa pakar-pakar sebelum ini, tinggal lagi cari waktu untuk lakukannya sahaja. “Kalau nak cakap soal tarikh itu pun saya belum tahu, rawatan ini rumit apatah lagi untuk wanita kerana memerlukan rehat dalam jangka panjang, banyak benda saya kena fikir sebenarnya,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.
Tambah pelantun lagu Darah itu, dia juga terbuka mengenai pengambilan anak angkat andai benar hidupnya ditakdirkan tiada rezeki zuriat meskipun suaminya menasihati agar tidak berfikiran jauh. “Kalau Allah kata tunggu, kami perlu reda. Suami pula tidak bagi saya fikir terlalu jauh lebih-lebih lagi soal pengambilan anak angkat. “Saya tidak kisah mengambil anak angkat dan pernah terdetik untuk lakukan perkara tersebut jika tiada rezeki dapat zuriat sendiri. “Suami pun tidak tergesa-gesa kerana kami pun belum tua sangat dan masih ada masa,” ujarnya.
|
Burong_Hantuk replied at 29-5-2024 11:47 AM
teringat kes panas sheols dulu..
HoneyManjer replied at 29-5-2024 12:27 PM
semoga dimudahkan urusan kome la...
kerani_je replied at 29-5-2024 12:50 PM
Marsya mcm bz n aktif dlm bidang seni ni..Rasa dah boleh slow down..Fokus more on family..Lagipun ...
kerani_je replied at 29-5-2024 12:48 PM
Kes panasss apo sis huntok? Kasi tumpah teh la sis..
Btw, i rasa faktor berat badan suaminye tu ...
Burong_Hantuk replied at 29-5-2024 03:11 PM
Katanya dulu masa dgn ex bf, sheols pernah gugurkan ....
makcun14 replied at 29-5-2024 08:25 PM
zaman af tengah hot kan,
habis Makeup artis astro bukak cerita.
lantakkan la ...
Burong_Hantuk replied at 29-5-2024 11:47 AM
teringat kes panas sheols dulu..
CurangLagi replied at 30-5-2024 01:58 AM
Sian Marsha.. Lupa2 kes dia dulu. Yg smpi makan bnyk pil masuk spital tu. Masa tu dia mmg couple dgn ...
ADVERTISEMENT