CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puting beliung langgar negara 'Polis Dunia", 15 terkorban

27-5-2024 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6236| Komen: 10



WASHINGTON  – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh di bahagian tengah Amerika Syarikat selepas puting beliung dan ribut ekstrem lain menghentam beberapa negeri termasuk Texas, Arkansas serta Oklahoma, kata beberapa pegawai semalam.

Mereka berkata, usaha menyelamat diteruskan, manakala  beratus-ratus ribu penduduk terputus bekalan elektrik selepas bencana alam itu membadai kawasan Tanah Pamah Selatan bermula lewat kelmarin.

Di Texas, Syerif Cooke County, Ray Sappington memberitahu bahawa tujuh orang terkorban selepas puting beliung melanggar kawasan Valley View, utara bandar raya Dallas.

“Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” katanya. 

Gabenor Texas, Gregg Abbott menandatangani dekri untuk empat county bagi membolehkan dana kewangan dan kakitangan kerajaan membantu penduduk yang rumah mereka sama ada musnah atau rosak. 


Ribut itu memusnahkan sejumlah kediaman, sebuah stesen petrol dan menterbalikkan kenderaan di sebuah lebuh raya rentas negeri.

Di Oklahoma pula, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh akibat puting beliung di Mayes County lewat kelmarin, manakala di negeri Arkansas, lima orang terkorban dalam ribut awal pagi semalam, kata pihak berkuasa.

Satu lagi kematian dilaporkan di bandar Louisville dalam negeri Kentucky, kata Datuk Bandar Craig Greenberg. – AFP 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-5-2024 02:52 PM
Kesian Texas.

Quote Supersirap 27-5-2024 03:03 PM
Salam takziah diucapkan
Quote supernaturalee 27-5-2024 03:23 PM
texas hold 'em


Quote BoongaKertas 28-5-2024 08:36 AM
time2 ni lah rasa mcm sygnya duit cukai rakyat depa g buat byr bekalkan senjata utk israhell.
Quote Dwdrum 28-5-2024 08:52 AM
States yang kena memang di panggil tornado alley.... States paling banyak berlaku tornado..
Quote nusaraya 28-5-2024 10:56 AM
BoongaKertas replied at 28-5-2024 08:36 AM
time2 ni lah rasa mcm sygnya duit cukai rakyat depa g buat byr bekalkan senjata utk israhell.

Yup .... menurut ilmu dan perspektif  bangsa melayu sejak era empayar melaka ... badai topan itu adalah bentuk amarah tuhan kepada mereka kerana menyokong perbuatan kejam dan jahanan bani israel kepada bangsa palestine ... hehehehe
Quote BoongaKertas 28-5-2024 11:36 AM
nusaraya replied at 28-5-2024 02:56 AM
Yup .... menurut ilmu dan perspektif  bangsa melayu sejak era empayar melaka ... badai topan itu a ...

laa, tu bukan perspektif bangsa chuols. mmg dlm AQ kan pun Allah azab bangsa2 yg kafirun dlm tu dgn menimpakan mereka bencana. its not malay's perspective. its based on the AQ itself. correct me if i am wrong.
Quote ctaz 28-5-2024 03:24 PM
dah start musim panas....
memang musim puting beliung laaaa
Quote ifanonline 28-5-2024 03:24 PM
puting?
Quote Neno90 29-5-2024 03:47 PM
Mmg kawasan puting beliungkan ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.031299 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top