CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Mungkin Berasa Kehilangan Sekarang, Bergelut Dengan…” – Bekas Isteri Hisyam Hamid Luah Perasaan

26-5-2024 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10489| Komen: 31



Sebelum ini, pelakon kacak Hisyam Hamid memaklumkan dia sudah pun bercerai dengan isteri, Rosmawati Hanafi setelah 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Menyimpan kemas soal rumah tangga meskipun sentiasa menjadi tumpuan kerana statusnya yang dahulu seorang isteri kepada pelakon, Rosmawati menyifatkan perceraian yang dialaminya adalah kehilangan yang sangat berat namun terkandung hikmah.


"Semua yang berlaku pasti bersebab. Setiap patah hati dan kekecewaan membawa rahmat yang tersembunyi."

"Saya mungkin berasa kehilangan sekarang, bergelut dengan persoalan yang seolah-olah tiada jawapan."

"Melalui 1,000 perkara dalam hidup yang orang tidak tahu. Saya mengalami perkara yang menggoncangkan, mengubah, menghancurkan, membina dan mengajar saya lebih kuat daripada yang pernah saya fikirkan."

Tambahnya lagi, hatinya mungkin terluka pada ketika ini namun dia percaya ia tidak akan kekal lama dan dirinya akan pulih semula.

"Namun buat waktu ini, sudah tiba masanya untuk menjadi lebih kuat, reda dan sembuh dengan segala ketentuan serta memperbaiki diri."

"Allah akan membuat hati ini tersenyum kembali."

Sekadar info, pelakon asal Singapura itu memaklumkan dia sudah bercerai dan lebih selesa menjadi kawan baik bersama Rosmawati.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang masing-masing berusia 17 dan 15 tahun.

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 26-5-2024 06:09 PM
Akhirnya ada pengakuan. Haritu hh tak cakap da cerai.
Quote shida81 26-5-2024 06:09 PM
Jgn pasni Abg Aaron pulak dah la... Dah mcm season pulak retis cerai berai...harap cerai bkn hasil sondolan
Quote shernazz 26-5-2024 06:53 PM
Dia gelak tu.iols teringat Choi Si won  Si owner anjing menggigit jiran hingga mati
Quote hokeypokey 27-5-2024 01:36 AM
sila dedahkan penyondol
Quote nisako 27-5-2024 08:17 AM
nape cerai ? sian bini dia
Quote jlo 27-5-2024 08:26 AM
haihhhh
Quote pinkzara 27-5-2024 08:32 AM
shida81 replied at 26-5-2024 06:09 PM
Jgn pasni Abg Aaron pulak dah la... Dah mcm season pulak retis cerai berai...harap cerai bkn hasil s ...

Tak kot. Sebab wife dia yg uruskan kerjaya seni dia kan?
Kalau nak curang, elok time anak2 kecik masa dia mendunia jadi hero drama. Now dah establish, dulu rumah gondol je, skrg ID rumah dah lawa.
Quote shida81 27-5-2024 08:37 AM
pinkzara replied at 27-5-2024 08:32 AM
Tak kot. Sebab wife dia yg uruskan kerjaya seni dia kan?
Kalau nak curang, elok time anak2 kecik m ...


Bini si hisyam ni pun manager dia kan.. Sbb dah loaded ler blh mencurang tgh mesken sapa nak kecuali alip...
Quote pinkzara 27-5-2024 08:41 AM
shida81 replied at 27-5-2024 08:37 AM
Bini si hisyam ni pun manager dia kan.. Sbb dah loaded ler blh mencurang tgh mesken sapa nak kecua ...

Lagipun dorg hidup terpisah kan? wife and anak2 di sg.
I langsung tak minat hisyam ni. Takde watak dia yg memorable, cam skema je semua.
Lagi berbaloi minat bam jol, hensem, lawak, pandai berlakon.
Quote shida81 27-5-2024 08:46 AM
pinkzara replied at 27-5-2024 08:41 AM
Lagipun dorg hidup terpisah kan? wife and anak2 di sg.
I langsung tak minat hisyam ni. Takde watak ...

Aah bini dia kt sg.... Tp still la klu x de angin pokok x bergoyang.. Tggu ms je org spill tea.. Abam Aaron wpun bini duk sesama jgn igt x de penyondol.. Penyondol di mana2..dah la tgh musim..rimas ak benang sondol sana sini... . I jrg tgk cite melayu.... Cuma kenal dorang dlm forum je...opss cite Abam Aaron I pernah tgk.. Time dia awal2 pemes dulu...
Quote lasagna 27-5-2024 09:51 AM
pinkzara replied at 27-5-2024 08:41 AM
Lagipun dorg hidup terpisah kan? wife and anak2 di sg.
I langsung tak minat hisyam ni. Takde watak ...

ada chuols, cite abg bomba i love you.
iols tak tgk series tu, tp tau laa cite tu wujud.
Quote kakakpositifker 27-5-2024 09:53 AM
Lah ingatkan isteri dia curang, ada hari tu terbaca kat forum. allah. saya minta maaf
Quote supernaturalee 27-5-2024 09:56 AM
pinkzara replied at 27-5-2024 08:41 AM
Lagipun dorg hidup terpisah kan? wife and anak2 di sg.
I langsung tak minat hisyam ni. Takde watak ...

watak die dlm la luna yg sharifah amani dgn sam kt netflix tu menarikwtk laki mental, kaki pukul bini


Quote mizzmimi 27-5-2024 10:13 AM
Bermadah pujangga pulak.. bukan ke ade penyondol jantan katanyehhh?
Quote anony-mous 27-5-2024 10:14 AM
So sapa yg berjaya caras HH ni? Nmpk mcm family man x sangka plak. Mmg sedap herlok hh ni. Campak mana2 pon ada yg sudi kutip
Quote anony-mous 27-5-2024 10:16 AM
mizzmimi replied at 27-5-2024 10:13 AM
Bermadah pujangga pulak.. bukan ke ade penyondol jantan katanyehhh?

Plot twist betul ni. Sunyi kot pjj
Quote kelip2_07 27-5-2024 10:28 AM
bkn ke ade tred sblm kata terbawa2 pggl baby kat partner dia..sbb nk menghayati watak katanye..lupe plk sape dan drama ape
Quote aemon 27-5-2024 10:37 AM
kelip2_07 replied at 27-5-2024 10:28 AM
bkn ke ade tred sblm kata terbawa2 pggl baby kat partner dia..sbb nk menghayati watak katanye..lupe  ...

cite dia dgn scha elinia tu kot.dulu mmg ada thread gosip dua ketul ni.daring kot cite tu.
Quote viva_gerl 27-5-2024 10:41 AM
Bukan ke dah spill tea...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.361578 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top