Sepanjang tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Amar Baharin, 38, pelakon, Amyra Rosli, 33, tidak pernah memeriksa telefon suaminya dan dia juga tidak pernah tahu kata laluan telefon suaminya itu. Semua itu dilakukan kerana dia menghormati 'privacy' suaminya yang juga pelakon itu. "Saya malas nak 'check' telefon suami kerana tidak mahu timbul isu yang tidak sepatutnya nanti. "Sebagai isteri, saya juga ada tanggung jawab besar untuk menjaga anak-anak dan rumah tangga," katanya kepada Harian Metro. Ditanya mengenai isu rumah tangga segelintir selebriti yang bergolak ketika ini, pengacara Nona itu berkata, dia menjadikan apa yang berlaku dalam rumah tangga artis lain sebagai pengajaran. "Hidup kita singkat dan saya tidak mahu pening kepala untuk memikirkan masalah rumah tangga orang lain. "Sebagai manusia, kalau kita halang macam mana pun (isu rumah tangga) kalau benda tu nak jadi, ia akan tetap terjadi juga.
"Saya sendiri berusaha untuk menjaga rumah tangga dengan sehabis baik dan selebihnya kita berdoa dan mohon pertolongan dengan Allah," katanya. Ditanya mengenai isu penyondol, Amyra berkata, jika perkara itu berlaku dalam rumah tangganya, dia tetap akan menyalahkan sebelah lelaki (suami). "Saya tidak salahkan penyondol (wanita) kerana perkara itu tidak akan berlaku jika lelaki (suami) tidak melayan. "Kita juga tidak kenal dengan penyondol itu kerana dia orang luar, jadi pihak lelaki yang perlu dipersalahkan," katanya. Mengulas mengenai segelintir selebriti yang suka meluahkan masalah rumah tangga di media sosial, Amyra berkata, mungkin mereka tiada tempat untuk berkongsi masalah itu. "Kami memilih untuk berbincang dan selesaikan masalah kami sendiri. Kalau nak bergaduh pun gaduhlah kerana yang penting dapat melepaskan segala kemarahan dan rasa tidak puas hati itu," katanya.
|
pocongkiutss replied at 24-5-2024 12:18 AM
Pesanan iols..jgn membongak
Dpt laki baik takpela tak cek
pocongkiutss replied at 24-5-2024 12:18 AM
Pesanan iols..jgn membongak
Dpt laki baik takpela tak cek
Fly_over replied at 23-5-2024 11:03 PM
nape anak dia dua2 buat muka gitu. seram pulak acik tgk..
NuansaBiru replied at 24-5-2024 12:17 PM
Tahu segala passwords (banking details included)
Tapi tak kuasa nak check
Dpt laki jenis pelupa
ADVERTISEMENT