Pempengaruh dan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona atau mesra dipanggil Leona berkata, bekas rakan karibnya masih belum membuat permohonan maaf kepadanya selepas kejadian yang pernah tular sebelum ini. Hal tersebut susulan kontroversi dimana teman baiknya yang juga merupakan seorang influencer didakwa telah menjadi orang ketiga dalam hubungannya bersama bekas pasangannya dahulu. Menurut Leona, dia terkilan dengan sikap individu tersebut yang tidak mencuba untuk memohon maaf atas kesilapan yang terjadi dan mengakui dirinya tidak pernah menyekat influencer tersebut di mana-mana media sosial. "Hubungan saya dengan bekas kekasih, kami tidak lagi berkawan tapi kami okay. Cuma untuk pihak yang lagi satu itu, dia tidak pernah minta maaf kepada saya dan saya juga tidak mahu dia di dalam hidup saya." "Saya rasa agak annoying sebab dia boleh pergi ke orang lain untuk bercakap tentang perkara ini tetapi tidak cuba nak hubungi saya, saya tak pernah block dia pun."
|
jfq replied at 23-5-2024 04:35 PM
Acik tu nama bukan dah masuk dlm list blockout ke?
Rogue98 replied at 23-5-2024 10:21 PM
Oh dah kena blockout ek...patutlah tgk IG followers aritu 460k skrg dah 456k...
ADVERTISEMENT