CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ketika ramai selebriti Barat memilih senyap tentang Palestin, Cate Blanchett 'bersuara' dengan cara tersendiri

23-5-2024 05:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21157| Komen: 19


Kemunculan pelakon handalan, Cate Blanchett pada acara karpet merah Festival Filem Cannes, Perancis mencuri perhatian apabila dikatakan mempamerkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Blanchett, 55, diihat tenang dan tersenyum sambil melambaikan tangan ke arah media serta peminat.

Pelakon filem Ocean’s 8 itu gaun berwarna hitam di bahagian hadapan manakala putih di belakang sementara hijau pada sebelah dalam.

Menurut Pengarang Vogue Arabia, Livia Firth, tindakan pelakon kelahiran Australia itu dilihat sebagai salah satu usaha mempamerkan tanda sokongan terhadap Palestin.

“Warna pakaiannya sama seperti bendera Palestin yang bergabungkan dengan warna merah karpet,” katanya.

Tindakan Blanchett itu sekali gus dihujani pujian kerana dilihat berani menyuarakan sokongannya terhadap Palestin.

Pada Oktober lalu, Blanchett bersama 55 bintang Hollywood lain telah menandatangi surat terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bagi menggesa gencatan senjata di Gaza.



Malah, beliau sendiri pernah menggesa pemimpin negara Eropah untuk memberi perlindungan kepada rakyat Palestin di negara mereka.

“Saya bukan orang Syria. Saya bukan orang Ukraine. Saya bukan orang Yaman, Saya bukan orang Afghanistan. Saya bukan orang Sudan. Saya bukan Israel atau Palestin.

“Saya bukan ahli politik. Saya bukan pakar. Tetapi saya adalah saksi dan telah menyaksikan korban perang, keganasan dan penganiayaan manusia dari seluruh dunia.

“Saya tidak boleh berpaling muka melihat perkara ini berlaku,” katanya.

Untuk info Festival Filem Cannes menyaksikan barisan artis papan atas dari pelbagai negara berkumpulan untuk saling bertukar pendapat tentang dunia perfileman dunia. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 23-5-2024 07:41 AM
terlalu awl iols nak komen psl kate ni. tp hoping for a good sign for other celebrities to follow too. yg plg rengsa si jlaw tu. yih! katniss averdeen my a**.
Quote lasagna 23-5-2024 08:24 AM
iols masa memula tgk gambar ni kat apps X,
puas laa pikir mna plak kaler red kat baju,
skali lerrrr carpet tu dah merah rupanya!

tp mmg pandai laa designer tu create.
sbb merah tu mengambarkan pd bendera (merangkap) juga blood (darah).
accentuuh!

Cate ni mmg dari dlu sokong Palestine.
Quote KamikuP 23-5-2024 09:05 AM
bIJAK designer ni tak guna warna merah.. nah kau seluas2 kapet merah cate blanchett ni slay gaun dia.. good job!!!
Quote alesandra 23-5-2024 10:47 AM
serving kan akak cate ni.zendaya whooooo?
Quote alesandra 23-5-2024 10:51 AM
BoongaKertas replied at 23-5-2024 07:41 AM
terlalu awl iols nak komen psl kate ni. tp hoping for a good sign for other celebrities to follow to ...

dia mmg consistent psl human rights.ini video dia bagi speech kat european parliment.x sure bila..mungkin akhir tahun lps atau awal tahun ni.


[twitter]https://twitter.com/bluesunkiss_/status/1792994978764906824[/twitter]


Quote alesandra 23-5-2024 10:56 AM
lasagna replied at 23-5-2024 08:24 AM
iols masa memula tgk gambar ni kat apps X,
puas laa pikir mna plak kaler red kat baju,
skali lerrrr  ...

bendera palestine ada 4 warna.designer buat dress ni mmg kreatif.kalo pakai  warna betul mungkin inappropriate.jadi belakang dress tu kaler pink ...campuran merah ,putih.


Quote lasagna 23-5-2024 12:38 PM
alesandra replied at 23-5-2024 10:56 AM
bendera palestine ada 4 warna.designer buat dress ni mmg kreatif.kalo pakai  warna betul mungkin i ...

ahhhh ic ic.. belakang lain kaler, so depan jer laa black.
very genius, simple yet genius!
Quote BoongaKertas 23-5-2024 01:59 PM
alesandra replied at 23-5-2024 02:51 AM
dia mmg consistent psl human rights.ini video dia bagi speech kat european parliment.x sure bila.. ...

thanks chuols. cuma iols masih skeptikal sikit psl retis hollywood. angie yg iols adore tu pun sekali tu jer pernah post psl what happened in gaza. tp takpe, iols tetap meraikan kate ni berfesyen mcm ni with the hope semua retis later follow.
Quote Tiggybiru 23-5-2024 04:04 PM
You ma’am deserve a special standing ovation
Quote _blackbird 23-5-2024 06:05 PM
desperate nya ummah isle nak kan pengiktirafan dari retis hollywood kapir, sampai pink pon sanggup claim putih. ermm udah2 jer nak kan validation dari warga kapir yg ore isle juga benci dok asik kristiang musuh isle, yahudik musuh isle
Quote alesandra 23-5-2024 07:18 PM
Edited by alesandra at 23-5-2024 07:31 PM
BoongaKertas replied at 23-5-2024 01:59 PM
thanks chuols. cuma iols masih skeptikal sikit psl retis hollywood. angie yg iols adore tu pun sek ...

ha..ah... kan.angie ni  ada bau2 fake .masa blockout tu dia ada buat video tak?ke itu video lama?
Quote alesandra 23-5-2024 07:30 PM
_blackbird replied at 23-5-2024 06:05 PM
desperate nya ummah isle nak kan pengiktirafan dari retis hollywood kapir, sampai pink pon sanggup c ...

aawww.. poor little shit lack of artistic ability  this dress created by project runaway winner... irina shabayeva.agak2 gal gadot yg talentless tu sudi x pakai???









Quote nadie90 23-5-2024 09:10 PM
Selain komen2 warganet mengatakan CB bersolidariti dengan Palestine....bagi saya dress yg CB pakai ni simple ja, cuma guna kain satin plain 3 colour + rantai bawah bahu dan jahit jah huhuh tapi CB really pull the dress...she looks stunning...xjemu tgk penampilan akak Cate utk Festival Cannes tahun ni....done puji
Quote missyL 24-5-2024 12:21 PM
Klo dah buat cmni mmg bersedia dah tok di cancel zionist film maker
Quote hokeypokey 24-5-2024 06:26 PM
hebattt.. tahniah..
Quote BoongaKertas 28-5-2024 07:49 AM
alesandra replied at 23-5-2024 11:18 AM
ha..ah... kan.angie ni  ada bau2 fake .masa blockout tu dia ada buat video tak?ke itu video lama?
...

angie ada sekali jer dia post. pastu iols dah blocked dah sbb geram dgn sheols. tu pun dia pos lps org bising kenapa dia diam. iols speku dia mmg nak bersuara tp kang habis plak source of income sheols kan.
Quote Neno90 28-5-2024 04:25 PM
Quote keranda.terbang 5-6-2024 04:04 PM
cantik gak gown CB nih
Quote prettygood 25-7-2024 12:07 AM
suka tengok dia berlakon, semua cite best2 , kalau berlakon watak jahat mmg kena

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.053707 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top