Bergelar sebagai seorang pendidik atau guru adalah satu kerjaya yang berat dan memerlukan kekuatan mental yang kuat untuk mendidik puluhan murid setiap hari. Selain tugas utama untuk mengajar murid-murid, guru juga memikul tanggungjawab lain yang kadangkala berlarutan hingga selepas waktu sekolah. Di platform X, suami kepada seorang guru membuat luahan rasa tentang kerjaya isterinya itu. Menurut lelaki berkenaan, dia hairan dengan sikap isterinya yang malas melakukan kerja rumah kerana memberi alasan penat mengajar di sekolah. "Aku nak tanya geng-geng cikgu, penat sangat ke jadi cikgu? Bini aku balik rumah punyalah malas nak masak, kemas rumah semua. "Alasan sebab dia penat jaga budak tahun satu dekat sekolah. Tahun satu apa yang susah sangat?" ujar lelaki yang tidak mendedahkan identitinya itu. Cikgu-cikgu tua elok je balik kemas rumah, masak dan sebagainya. SUAMI
Dalam hantaran sama, dia turut membuat perbandingan umur isterinya dengan guru-guru lebih berusia yang tidak menggunakan alasan sama. "Umur (isteri) baru 26 tahun. Cikgu-cikgu tua elok je balik kemas rumah, masak dan sebagainya. Bosan asyik dia beli (makanan) je," luah lelaki itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar lelaki itu kerana gagal memahami bebanan tugas seorang guru, apatah lagi mereka yang bertugas di sekolah rendah. "Pekerjaan paling penat ialah guru. Aku pernah jadi cikgu dan pernah kerja pejabat. Kerja pejabat lagi mudah. "Cubalah sehari jadi cikgu, uruskan pula budak darjah satu. Tengok penat ke tak penat. "Bodoh punya lelaki. Kau bayangkan darjah satu sekelas ada 40 orang. Dia mengajar tiga kelas sehari," ujar netizen. Dalam pada itu, segelintir netizen turut meninggalkan komen makian dan menyuruhnya melakukan kerja-kerja rumah. "Dah tu kau buat apa je bodoh. Tolonglah bini kau tu. "Ingat bini kau tu kuli batak engkau ke? Tahu nak mengadu je. Dah tahu bini tu penat balik kerja tolong la tanak nasi ke apa dulu. "Aku sebagai lelaki, boleh agak kau ni laki memang tak guna," tulis netizen lagi. Apa pula pendapat anda? Sumber : mStar |
ADVERTISEMENT