CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar! Dua Lelaki Ditahan Cuba Ceroboh Istana Negara. Sebilah Parang Dijumpai

18-5-2024 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8990| Komen: 79


KUALA LUMPUR 18 Mei (Bernama) -- Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 29 dan 37 tahun yang menaiki kereta Perodua Kembara itu ditahan anggota polis bertugas di Pintu 3 Istana Negara ketika cubaan mereka memasuki istana melalui pintu itu kira-kira 4.40 petang, atas alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan berkata pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek telah menjumpai sebilah parang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif. Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 21 Mei bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Rusdi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti

Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 18-5-2024 02:30 PM
JI juga ka?
Quote slavehunter 18-5-2024 02:33 PM
OK. Sleeper cell activated.

My wild theory bahagian Asean dapat call dari mid east untuk carry out an attack in solidarity with Palestine.

Bagi lah can i main tikam2 ahli nujum pula this time.
Quote plywood 18-5-2024 02:37 PM
apa sudah jadi?

serangan dari JI lagikah?

Masih ada lubuk JI lain selain dari perkampungan yang diserbu kat johor itukah?
Quote noor2 18-5-2024 02:39 PM
Bongok2 je bangsa melayu ni...bangsa asing Rohingya, Bangladesh,  indon esok2 maju..kita masih dgn JI la itula inila...tah apa2 menyusahkan org
Quote pengecatbintang 18-5-2024 02:39 PM
slavehunter replied at 18-5-2024 02:33 PM
OK. Sleeper cell activated.

My wild theory bahagian Asean dapat call dari mid east untuk carry out ...

logic n possible

sleeper cell..

imagine

Iseis & Al Kaida kat middle east

kata perjuang Islam

tp wat hal dlm negara Islam jer

Yis real tu depa x serang plak

bau ikan





Quote iraizz 18-5-2024 02:42 PM
Dugaan la bila jamaica jadi jagong, bauksit dulu tak macm ni
Quote plywood 18-5-2024 02:45 PM
pengecatbintang replied at 18-5-2024 02:39 PM
logic n possible

sleeper cell..

Apakah pemahaman JI, orang Islam lain tidak cukup islam spt islam JI?

...sebab tu selamba jer buat serangan kepada golongan selain golongan mereka?


Quote slavehunter 18-5-2024 02:51 PM
pengecatbintang replied at 18-5-2024 02:39 PM
logic n possible

sleeper cell..

Islam dah lama kena hijack and manipulated by their own people. Yang mengaku Mahdi, mengaku Nabi dan Rasul takde pula pergi serang Israel tu.

Hanya berani berbunuhan sesama muslim jer.
Yang kena diselidik betul2 whos behind every Organization.

Mossad jenis tekak melayu nak sambal belacan pun ada.
Quote nusaraya 18-5-2024 02:54 PM
noor2 replied at 18-5-2024 02:39 PM
Bongok2 je bangsa melayu ni...bangsa asing Rohingya, Bangladesh,  indon esok2 maju..kita masih dgn J ...

Mengapa anda X berpikir Out of the Box ?

Mungkin saja kejadian ini adalah indikasi dari munculnya sikap benci dan X puas terhadap eksistensi sultan-sultan melayu yang mereka nilai sudah melampaui dan merendahkan maruah orang melayu ...

Ampun .... Ampun .... Ampun Tuanku .... Patik meminta Ampun kepada Tuanku ....Patik yang rendah dan hina ini akan terus Menyembah Tuanku ...Hehehehe

[youtube]hyT26XG0xqo[/youtube]






Quote lightheaded67 18-5-2024 03:01 PM
knp rasa mcm beria? entahle.
Quote sharlenetexas 18-5-2024 03:09 PM
Rare pulak kembara ni.


Quote sharlenetexas 18-5-2024 03:10 PM
noor2 replied at 18-5-2024 02:39 PM
Bongok2 je bangsa melayu ni...bangsa asing Rohingya, Bangladesh,  indon esok2 maju..kita masih dgn J ...

JI asal dari indon.


Quote Manusiabesa 18-5-2024 03:14 PM
Motip depa nk bls dendam apa yg tjdi kt player s,ngor ke apa? Gangster yg hntr ke apa?
Quote syamzana 18-5-2024 03:31 PM
pergi berdua je pun siang2 hari plak tu. ingat rambo ke apa???
Quote Suchi 18-5-2024 03:42 PM
Betul ke nk serang? tah2 kebetulan parang tu ada dlm keta tuk tebas rerumput
Mula2 pemain bola kena kendian? Pembalasan dendam ke?
Quote Cyempaka 18-5-2024 03:44 PM
Kenapa tindakan derang macam bodo2 alang ye. Derang pun tau derang xkan boleh masuk istana jumpa agong..tapi terpa pegi jgk. Mcm nak alihkan perhatian kita. Mcm derang sedang rancang sesuatu yg lebih besar.
Nanti polis tumpu balai polis, istana tp rupanya target derang yg lain. Masa tu xmain dah parang2.
Quote rosmahisham 18-5-2024 03:46 PM
Wehh bongok lah derang ni. tgh ekonomi cam gini,korang buat hal pulak..nk menyerang membak/menikam org!fokus la cari duit kot2 ww3 nnti ko x de duit nk mkn!
Quote imthegirl 18-5-2024 03:58 PM
Penuh barang dalam kereta pon, dengan tumbler nasik kotak printer nye. Parang tu agak nye terbawak sekali dlm kereta la kot.
Quote Skuau 18-5-2024 04:01 PM
noor2 replied at 18-5-2024 02:39 PM
Bongok2 je bangsa melayu ni...bangsa asing Rohingya, Bangladesh,  indon esok2 maju..kita masih dgn J ...

Bukan orng kita juga ke yg doa....SEMOGA DIPERMUDAHKAN...di MSIA VOLE....

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.355377 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top