Semalam kecoh di media sosial apabila pelakon Azhar Sulaiman mengeluarkan kenyataan mengejutkan mengenai Palestin dengan mengkritik artis-artis Malaysia yang menyokong para pejuang Hamas agar berpindah saja ke Palestin bagi membantu dalam konflik peperangan bersama rejim Zionis. Anak gadisnya yang juga pensohor media sosial, Kasih Iris Leona tampil memberi kenyataan mengenai pendiriannya mengenai konflik di Gaza yang masih berlanjutan sehingga kini. Ujar Leona, pendapat bapanya itu tidak mempunyai kena mengena dengan pendiriannya selama ini yang menyokong Palestin. Tambahnya lagi, dia pernah mengunjungi negara bergolak itu dan tetap dengan pendiriannya bahawa penghapusan etnik yang berlaku kepada rakyat Palestin pada ketika ini sudah lama berlanjutan sebelum 7 Oktober 2023 lagi. Disebabkan itu, Leona meminta orang ramai di luar sana untuk memahami meskipun dia mempunyai pertalian darah dengan pelakon itu, dia tidak mempunyai pandangan yang sama dan seragam mengenai sesuatu isu, apatah lagi perkara sensitif seperti itu. Berperinsip juga Leona ni. Bagus betul kan. SUMBER : X/ Beautifulnara |
alesandra replied at 17-5-2024 01:35 PM
Girl i'm not fall for that shit.sorry
pocongkiutss replied at 17-5-2024 02:30 PM
Kena komen camni gak kt thread daiyan hidung
jalfa replied at 17-5-2024 02:39 PM
Cantiknya yona dulu...
prince_marhaen replied at 17-5-2024 04:47 PM
bapak kau memang attention seeker ye Yona..sejak main2 socmed dah tua tua kecut ni... bermami-sana m ...
ADVERTISEMENT