Tiada angin tiada ribut tiba-tiba seorang individu tampil membuat dakwaan berat mengatakan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanafiah memiliki seorang anak yang sudah dewasa. Seriuslah? Individu itu membuat dakwaan tersebut setelah Watie berkongsi foto dia memeluk dua orang kanak-kanak perempuan di media sosialnya. Malah, individu itu turut menulis komen berbaur perlian “Kesian mak tak mengaku anak” di hantaran tersebut. Maklum dengan kenyataan tidak berasas itu, Watie tampil menjelaskan bahawa kedua-dua kanak-kanak perempuan itu adalah anak rakannya. Kesian Mommy Ivanna penat-penat mengandung sembilan bulan, alih-alih TyAnje yang dapat nama. Memang rezeki TyAnje ni banyak dapat anak instant. Alhamdulilah. Dia tak tahu ke TyAnje ni dah nak masuk 35 tahun asyik salam Ramadan je. Tak sampai lagi seruan nak salam gari. Watie juga turut memuat naik tangkap layar komen tersebut dan menganggap ia sebagai gurauan semata-mata.
“You guys are so funny lah. #gelengkepalaajelahmampu,” tulisnya lagi. Suka-suka je buat dakwaan macam tu.Kalau tak betul dah boleh jatuh fitnah tau. Sumber ; Beautifulnara |
dewi_rina replied at 17-5-2024 03:05 PM
Badan dia je macam mak org, entah ler! Tapi ada je kes gini, dah beranak masa muda anak dah besar di ...
ADVERTISEMENT