CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gerakan Blockout 2024 satu langkah bagus - Kaka Azraff

13-5-2024 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5490| Komen: 20



PENYANYI Kaka Azraff menyifatkan gerakan digital memboikot selebriti yang mendiamkan diri tentang isu sosial, khususnya perang Zionis-Gaza sebagai langkah baik.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 34, menyahut gerakan tersebut selain berharap rakan selebriti tempatan tidak terkesan dengan tindakannya.

“Melihat kepada gerakan ‘block out’ saya rasa satu langkah bagus tetapi harap tiada yang terkesan dan terasa.

Saya bukan nak kecam cuma sangat gembira dengan tindakan positif tersebut. Saya sendiri sudah mula sekat artis-artis antarabangsa sebab enggan mereka meracuni fikiran saya.

“Rasanya kita sudah terlampau terikut sangat cara barat. Kita kena ada identiti dan pegangan sendiri,” katanya kepada HibGlam.

Ditebak mengenai rakan selebriti yang masih mempromosikan barangan menyokong Israel, pelantun lagu Bawa Aku Pergi itu enggan menghakimi kerana menghormati alasan mereka.


“Saya tidak boleh menghakimi seseorang. Itu pilihan masing-masing dan saya hormati. Semua ada alasan dan sebab masing-masing.


Mana tahu mereka buat hanya untuk tolong keluarga sendiri. Allah sahaja yang tahu, kita tak tahu.


“Mungkin apa saya buat ini orang nampak betul tetapi kita tidak tahu, Allah sahaja yang mengetahui,” jelasnya.

Terdahulu, wujud gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Gerakan itu dibuat sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk berkaitan atau menyokong Israel dalam media sosial milik mereka.

Antara nama besar yang diboikot ketika ini ialah Taylor Swift, Kim Kardashian, Blackpink, Lady Gaga dan Justin Bieber.

Netizen Malaysia tidak ketinggalan menyuarakan hal serupa dan menyenaraikan beberapa nama selebriti yang dikatakan masih mempromosikan produk menyokong Israel tanpa segan silu. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 13-5-2024 10:28 PM
Pulang paku buah keras.
Mari menyokong #semitism #ruler #pembaris




Quote Lampuled 13-5-2024 10:32 PM
Lalu di ig nmpak acik deena spanar jaya paling semangat psl blackout ni.
Quote botol_tritan 14-5-2024 10:58 AM
Biarkan je la kot org nak buat kempen blockout ke apa, asalkan jangan cause harm dekat org dah. Nak block, block je. Jangan pulak gigih pergi kat ig artist yg dlm list, maki2 n hina2/ugut2 org tu. I rasa yg tu x patutlah.
Quote apedehal 14-5-2024 11:07 AM
Bagus je kempen blockout ni kalau xsebab palestin pun..these influecers set bnyak buruk dr baik pun..tgk budak2 sekarang kenmain eh kecik2 dah demand yg bukan2 dgn makpak... gadis2 kita skang pun byk yg sanggup do everthg for money jji boleh kelek branded hbag mcm fav retis/influecer. Lama2 hilang nilai2 murni, adat2 ketimuran.. tgk je la baju2 high end brands yg diorg promot tu
Quote alesandra 14-5-2024 11:19 AM
Edited by alesandra at 14-5-2024 11:22 AM

sehari dua  lps met gala... dah start kecoh2 blockout ni aku google blockout 2024 ni mmg takde link artikel dari mainstream media dari us terutamanya.setakat smlm pun takde.so aku percaya benda ini movement yg betul.ini mengingatkan aku masa me too movement betapalah bergegar media psl me too sampai tak cukup nafas.tak cukup dgn berkompang setiap saluran media buat dokumentari,filem.kali ni krikkrik betul.jadi teruskan blocking barua2 kapitalis hipokrit laknatuallah ni
Quote ninajaybee 14-5-2024 01:49 PM
Keluar statement gini, selamatlah kau.
Quote MadameOnion 14-5-2024 02:08 PM
macam aku kata...majority retis kat malaysia ni patut diblock sbb tak mendatangkan faedah..sampah..so self centered..bila kena block baru nak bersuara bagai..fake..hipokrit..takut periuk nasik terbalik letteww
Quote MadameOnion 14-5-2024 02:10 PM
apedehal replied at 14-5-2024 11:07 AM
Bagus je kempen blockout ni kalau xsebab palestin pun..these influecers set bnyak buruk dr baik pun. ...

kan..ramai retis tahap sampah..mostly influencers tahap najis..bodoh sapa penyembah tu
Quote MadameOnion 14-5-2024 02:12 PM
ninajaybee replied at 14-5-2024 01:49 PM
Keluar statement gini, selamatlah kau.

dia mmg dah tak selamat..kontrak dah kena terminate dgn warner music pasal bersuara isu genocide in palestine ni
Quote pakwetizzaqyah 14-5-2024 09:14 PM
apa cerita kontrek tamat apa itu hari??

frust la tu
Quote renko 15-5-2024 10:10 AM
jgn nnt sendiri tiba2 kena meroyan plak ye
Quote Burong_Hantuk 15-5-2024 10:28 AM
agreed!!!!!
Quote manop 15-5-2024 09:44 PM
ko pun memang sendu....
Quote Hoola 15-5-2024 09:54 PM
Edited by Hoola at 15-5-2024 09:56 PM

achik pun dh start blok retis
not only yg xsnsitip on produk antipalestine
but retis n influenza yg perangai hauk mngalahkan kapiaq

#prayforpalestine
#staystrongpalestina

#celakalah wahai isrhell
aamiin
Quote nutcrack8 15-5-2024 09:56 PM
Korang follow la beliau. Kontrak die tamat sbb voice out psal palestine kot. Smpi kaco periuk nasi die.
Org mcm ni yg patut follow.
Quote ___ 15-5-2024 10:10 PM
renko replied at 15-5-2024 10:10 AM
jgn nnt sendiri tiba2 kena meroyan plak ye

Dia memang dah kena tindakan dgn syarikat rakaman dia sbb berani voice out pasal palestin...
Takdehal pun

Org yg meroyan sekarang yg tetiba masuk dlm blockout list tu.
Quote cap_ayam 16-5-2024 12:13 AM
nutcrack8 replied at 15-5-2024 09:56 PM
Korang follow la beliau. Kontrak die tamat sbb voice out psal palestine kot. Smpi kaco periuk nasi d ...

Dah follow. Patut follow lebih awal masa kena tamat kontrak tu. Tapi masa tu belum timbul kesedaran lagi
Quote renko 16-5-2024 10:29 AM
___ replied at 15-5-2024 10:10 PM
Dia memang dah kena tindakan dgn syarikat rakaman dia sbb berani voice out pasal palestin...
Takde ...

yelah jangan macam daiyan terencat tu
beriya2 pongpang sampai masuk paper tak takut serohell
sekali kena korek2, ada gak terkait2 rupanya
terus meroyan up resit bg sumbangan apa lancau semua la
Quote supernaturalee 16-5-2024 11:37 AM
MadameOnion replied at 14-5-2024 02:12 PM
dia mmg dah tak selamat..kontrak dah kena terminate dgn warner music pasal bersuara isu genocide i ...

tp last week die perform lagu gila dgn bukan hal aku elok je
ke 2 lagu tu bkn under warner music

anyway nk komen sikit performance sheols dlm pertandingan singing ape ke nm penuh rancangan tu
sheols agak semput ye
maybe sbb dh beranak, bdn naik x kasi fit balik btl2
maybe la kan

klu x persembahan die mlm tu mmg menarik

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.068323 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top