Penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz mengakui dirinya memilih untuk mendiamkan diri ketika dilanda kontroversi curang dengan isterinya, Bella Astillah bagi mengelakkan lebih banyak salah faham yang terjadi. Melalui sebuah temu bual bersama Melodi, Aliff mengakui kesilapan daripada pihaknya dan perkara tersebut merupakan kesilapan yang memalukan buat aktor ini. Dia juga menafikan mempunyai niat untuk menjatuhkan Bella. "Aliff minta maaf kepada semua. Sebelum ini, Aliff nampak temu bual dia (Bella) cakap ‘no komen’ kepada rakan media. Kenapa dia tak cakap macam itu awal-awal. Ya, saya berlaku curang." "Ia bukan rancangan, itu perbincangan antara saya dan keluarga. Perbualan itu berlaku pada 6 April ketika sesi podcast saya baru-baru ini."
|
ADVERTISEMENT