CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengeluaran maksimum akaun Fleksibel KWSP RM250 sehari

13-5-2024 08:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19968| Komen: 34

Description: PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus sebanyak RM250 sehari.


PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus sebanyak RM250 sehari.

Menerusi aplikasi KWSP i-Akaun semalam, agensi tersebut memaklumkan pencarum hanya boleh membuat pindahan wang ke akaun bank sekali sehari dengan jumlah minimum RM50.

Bagaimanapun, mereka yang ingin mengeluarkan wang lebih daripada RM250, perlu melalui proses e-KYC secara dalam talian atau menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

“Proses e-KYC (electronic Know-Your-Customer) atau satu proses pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

“Sebelum ini, KWSP mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP dengan semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel,” jelas KWSP.


Menerusi Akaun Persaraan, sebanyak 75 peratus daripada jumlah caruman bulanan akan ditolak sebagai simpanan pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera (15 peratus) bagi menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan serta Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Simpanan dalam Akaun Fleksibel iaitu 10 peratus daripada caruman setiap bulan itu, boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Namun, bagi pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan dalam Akaun Sejahtera (akaun 2) dan diletakkan di dalam Akaun Fleksibel (akaun 3), mereka boleh berbuat demikian menggunakan aplikasi i-Akaun.

Bagaimanapun, tidak semua wang dalam simpanan Akaun Sejahtera itu boleh dipindahkan kerana ia tertakluk kepada perkiraan tertentu.

Pencarum dibenarkan membuat pemilihan bagi pindahan akaun iaitu hanya sekali sahaja bermula hari ini sehingga 31 Ogos ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 13-5-2024 11:09 AM
250 je sikit sgt tu    ..... nape tak boleh keluar semua kt app tu ?? nk kena pi KWSP le pulak ....
Quote airfilterkotor 13-5-2024 11:12 AM
"Bagaimanapun, mereka yang ingin mengeluarkan wang lebih daripada RM250, perlu melalui proses e-KYC secara dalam talian atau menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari."
Quote midori888 13-5-2024 11:18 AM
adakah pejabat kwsp bakal penuh org? meols nak pergi buat verification penama nie...
Quote sayurmayur88 13-5-2024 11:52 AM
persoalan iolls, memang kena kluarkan ke epf tu? now dah takde pkp kot..
boleh jadi geng2 pengeluar epf ni nt masa tua dah takde duit nak support kehidupan nanti..
Quote keliopatra 13-5-2024 12:14 PM
sayurmayur88 replied at 13-5-2024 11:52 AM
persoalan iolls, memang kena kluarkan ke epf tu? now dah takde pkp kot..
boleh jadi geng2 pengeluar  ...

kita tak pernah tau keperluan / kesusahan orang lain.. mungkin mmg ade betul2 keperluan mendesak ke @ tak kesah la apa pun kan. dari yg iolls bual2, keabanyakan nk prepare utk anak masuk sambung belajar, lepas dah berhabis utk raya utk masuk sekolah anak2 lain. ade yg nak setel utang kecik2, nk tolong suami/isteri. semoga urusan dorg dipermudahkan.
Quote dagusengett 13-5-2024 12:19 PM
Patutla byk kereta kawasan kwsp klang pagi tadi
Padahal byk je parking kat tesco tapi depa pandai dah buat berbayar dah haha
Harap tak perlu pegi kwsp sbb dah buat withdrawal sebelum2 ni so patut settle kat app je nak keluar semua yg dlm acc3 tu
Jenuh la 250 je apoooo
Quote apech 13-5-2024 12:39 PM
keliopatra replied at 13-5-2024 12:14 PM
kita tak pernah tau keperluan / kesusahan orang lain.. mungkin mmg ade betul2 keperluan mendesak k ...

sape suruh berhabis?

mati ke kalau tak beraya?
Quote syamzana 13-5-2024 12:54 PM
apech replied at 13-5-2024 12:39 PM
sape suruh berhabis?

mati ke kalau tak beraya?

ikut derang la chuols...kwsp pun derang punya lantak la situ.
kita yg tak berkaitan ni dok diam2 sudah la janji takde org mai pinjam duit syukurrr
Quote ninja boy 13-5-2024 12:58 PM
So misal kata jika menganggur dan perlukan wang bayar loan rumah utk 6 bulan kena pakai akaun kwsp 2 ka 3
Quote prettyuglybabe 13-5-2024 04:29 PM
baru je kawan i cerita kawan dia merentan kat group..
komplen pasal pengeluaran ni..
menyusahkan la, bayangkan orang tua kat kampung la..
entah dia faham entah tidak akaun 3 ni..
padahal dah cakap akaun 3 ni untuk mereka 55 ke bawah je..
orang tua pakcik makcik kampung segala kejadah..
kalau dah 55 ke atas sah sah akaun epf kau habis licin disakau anak-anak..
Quote prettyuglybabe 13-5-2024 04:32 PM
ninja boy replied at 13-5-2024 12:58 PM
So misal kata jika menganggur dan perlukan wang bayar loan rumah utk 6 bulan kena pakai akaun kwsp 2 ...

akaun 2 tu dari mula u boleh bawa keluar untuk beli or kurangkan bayaran rumah..
tak perlu akaun 3 pun..
Quote elnor_81 13-5-2024 07:02 PM
Akaun 3 ni ape sbnrnya? Duit dr mana? Blh la spoonfeed iols? Asben iols pun x brape phm..dia tya iols. Iols mmg xde epf.
Quote Samerosie 13-5-2024 07:34 PM
elnor_81 replied at 13-5-2024 07:02 PM
Akaun 3 ni ape sbnrnya? Duit dr mana? Blh la spoonfeed iols? Asben iols pun x brape phm..dia tya iol ...

Akaun 3 ni dia baru introduce dan boleh keluarkan bila2 masa kalau cukup syarat2.  Dulu ada akaun 1 dan akaun 2 je kan..potongan epf kita akan masuk 70% ke akaun 1 dan 30% ke akaun 2.  Sekarang dengan akaun 3, potongan epf kita jadi = akaun 1 (75%), akaun 2 (15%) dgn akaun 3 (10%).
Nama akaun pun updated jadi akaun 1 = akaun persaraan, akaun 2 = akaun sejahtera dan akaun 3 = fleksibel.  

Jadi yg kecoh2 sekarang, EPF kata, korang dibenarkan pindah 10% dari akaun 2 ke akaun 3 (sebab akaun 3 dibenarkan keluar bila2 masa kan) sampai 31hb Aug.  Tu yg orang sibuk berpusu2 nak buat.

https://www.kwsp.gov.my/ms/w/penstrukturan-akaun-kwsp-1








Quote faint_heart 13-5-2024 09:21 PM
Samerosie replied at 13-5-2024 07:34 PM
Akaun 3 ni dia baru introduce dan boleh keluarkan bila2 masa kalau cukup syarat2.  Dulu ada akaun  ...

Jadi kiranya yg berpusu pusu org nk kluarkan duit ke acc 3 ni sebab xde duit savings atau asb la kan yg bley dikluarkan bila2 masa.. kena harap epf jua
Quote aechae 13-5-2024 09:24 PM
prettyuglybabe replied at 13-5-2024 04:29 PM
baru je kawan i cerita kawan dia merentan kat group..
komplen pasal pengeluaran ni..
menyusahkan la, ...

Jujur sgt ayat last tuu
Quote aechae 13-5-2024 09:27 PM
elnor_81 replied at 13-5-2024 07:02 PM
Akaun 3 ni ape sbnrnya? Duit dr mana? Blh la spoonfeed iols? Asben iols pun x brape phm..dia tya iol ...


Klu tgk caruman yg bru masuk bln ni, 10% msuk kt acc 3 (fleksibel)…sape2 x buat pndahan bleh nmpk jelas lh sbb dr 0 kn.. dh msuk 10% dr caruman bulanan tu..15% dr caruman bulanan msuk acc 2 yg boleh buat kluar utk byr rumah apa sume yg mmg ada sblum ni..
Quote Itzy 13-5-2024 09:34 PM
Israel amerika syarikat dah tak sabar nak sambut dajjal tu yang dok bunuh org2 palestine nak rampas masjid aqsa nak runtuh buang bina kuil utk dajjal. Tanda2 kiamat pun dah makin banyak dan cepat, so masih ada ke peluang nak keluar pencen time tu, 40 hari 40 malam bumi bergelap sebelum dajjal muncul[em:7:][em:7:]
Quote Samerosie 14-5-2024 07:43 AM
faint_heart replied at 13-5-2024 09:21 PM
Jadi kiranya yg berpusu pusu org nk kluarkan duit ke acc 3 ni sebab xde duit savings atau asb la k ...

Mungkin lah derang nka keluarkan.  Tapi yg berpusu2 semalam tu derang gi nak update tel no (sbb mungkin kena guna TAC), tak reti guna i-akaun nak pindahkan ke acc3, nak tanya ke camne nak keluarkan etc.  Ni dr berita online la.

Lepas transfer, it takes a few days to process lepas tu baru boleh keluar duit. So tak mungkin derang boleh kuarkan duit there and then.
Quote elnor_81 14-5-2024 08:51 AM
Samerosie replied at 13-5-2024 07:34 PM
Akaun 3 ni dia baru introduce dan boleh keluarkan bila2 masa kalau cukup syarat2.  Dulu ada akaun  ...

Maknanya klo x buat pindahan..akaun 3 tetap wujud la kan...cuma stat kosong la...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.163187 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top