CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raba anak perempuan 13 tahun ketika isteri keluar

13-5-2024 07:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18494| Komen: 11


SEREMBAN – Seorang lelaki ditangkap polis selepas dipercayai melakukan amang seksual ke atas anak perempuannya berusia 13 tahun di daerah ini dalam kejadian terbaru 2 Mei lalu.

Sumber berkata, kejadian berkenaan sudah berlaku beberapa kali sejak mangsa berusia 12 tahun lagi ketika si ibu tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa yang sudah tidak tahan dengan perbuatan ayahnya itu mengadu kepada ibunya dan wanita berkenaan membawa anaknya untuk membuat laporan polis.

“Suspek yang juga bapa kandung mangsa dipercayai melakukan amang seksual terhadap mangsa pada 2 Mei di sini seperti dilaporkan kanak-kanak perempuan itu.

“Laporan turut menyatakan kejadian sama berlaku beberapa kali sejak mangsa berusia 12 tahun lagi. Mangsa yang tidak tahan melaporkannya kepada ibunya,” katanya, di sini hari ini.

Sumber berkata, permohonan reman terhadap suspek dibuat pagi ini di Mahkamah Majistret dan perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selama tujuh hari bermula hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan tangkapan telah dibuat ke atas suspek di Dengkil, Selangor pada jam 3.50 petang semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 atau Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Mangsa sudah dihantar untuk pemeriksaan di hospital untuk siasatan lanjut. Siasatan masih diteruskan,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 13-5-2024 08:24 AM
bagus mak dia.. percaya pada anak.. tp jgn tarik report sudah..
Quote Decaffeinated 13-5-2024 08:47 AM
“Mangsa sudah dihantar untuk pemeriksaan di hospital untuk siasatan lanjut.

Kalau bekas kena raba nak periksa apa?
Quote Sazreena 13-5-2024 09:45 AM
Mampos la ko wahai pedo setan lahanat.
Quote epullipan 13-5-2024 09:52 AM
Decaffeinated replied at 13-5-2024 08:47 AM
“Mangsa sudah dihantar untuk pemeriksaan di hospital untuk siasatan lanjut.

Kalau bekas kena raba  ...

maybe nak check detail kot,mangsa kata kena raba tapi actual takut da kena rogol ke apa ke
Quote gigahertz 13-5-2024 10:21 AM
Decaffeinated: “Mangsa sudah dihantar untuk pemeriksaan di hospital untuk siasatan lanjut.Kalau bekas kena raba nak periksa apa?

takut yang kat bawah tu dah kena korek dengan jari.
biasanya kalau kes raba orang takde ni tangan merayap satu badan.

Quote chandrahusin 13-5-2024 11:43 AM
Decaffeinated: “Mangsa sudah dihantar untuk pemeriksaan di hospital untuk siasatan lanjut.Kalau bekas kena raba nak periksa apa?


- untuk interview - kejadian benar2 berlaku - consistency

Quote Decaffeinated 13-5-2024 01:36 PM
gigahertz replied at 13-5-2024 10:21 AM
takut yang kat bawah tu dah kena korek dengan jari.
biasanya kalau kes raba orang takde ni tangan m ...

Kalau korek dengan jari ada bekas ka?

Quote sufi^_^ 13-5-2024 01:59 PM
Decaffeinated replied at 13-5-2024 05:36 AM
Kalau korek dengan jari ada bekas ka?

Mungkin hymen terkoyak.



Quote gigahertz 13-5-2024 02:14 PM
Decaffeinated replied at 13-5-2024 05:36 AM
Kalau korek dengan jari ada bekas ka?

ada perempuan sekali korek dengan satu jari selaput dara koyak
ada perempuan 2-3 kali korek dengan 2 jari selaput dara ok lagi.

Quote allshares 13-5-2024 02:47 PM
Tahniah maknya, syukur ada jgk mak yg mcmni yg masuk berita. Kalau jenis mak yg biar2 je bila anak ngadu, lama2 last2 dirog*l bapak hanat.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.031680 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top