CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz titip penghargaan buat ibu - “Terima kasih untuk segala-galanya umi.”

12-5-2024 01:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18449| Komen: 8



“Terima kasih untuk segala-galanya umi.”

Itu perkongsian ringkas yang dimuat naik penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz buat ibu tercinta, Siti Hafizah Sheikh Mohamad dalam Instagramnya semalam.

Bukan sahaja ucapan terima kasih, dia turut memuat naik petikan yang memaparkan senarai perkara golongan ibu tidak pernah meluahkan kepada anak mereka.

“10 perkara yang ibu tidak akan memberitahu anda.”

“Antaranya ialah anda sering membuatnya menangis, sangat menyakitkan apabila anda bersikap kurang ajar dan hatinya hancur apabila melihat anaknya menangis,” tulisnya.

Perkongsian tersebut juga boleh dikatakan selepas dia memilih pendekatan ‘menyepikan’ diri daripada media sosial selepas kecoh tentang kontroversi curang melibatkan dirinya.

Menerusi hantaran berbeza, bekas juara Gegar Vaganza musim kesembilan itu turut dilihat mendapat jemputan membuat persembahan dalam sebuah acara makan malam.


“Majlis makan malam. Terima kasih kerana menjemput saya, malam yang hebat,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, akaun Instagram Hafiza masih ‘hilang dari radar’ selepas dipercayai dinyahaktif sejak tular perbualan WhatsApp anaknya dengan pelakon Ruhainies bulan lalu yang didedahkan oleh kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine.

Terdahulu, selain Aliff, Hafiza turut menerima kecaman hebat daripada netizen apabila dikatakan menyebelahi anaknya yang sudah terang lagi bersuluh curang terhadap isterinya, Bella Astillah.

Dia turut dituduh sebagai individu menunggang agama kerana kerap memuat naik petikan dan kata-kata Islamik dalam Instagram sebelum ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 12-5-2024 07:07 AM
Nek lijah toxic enabler
Quote lightheaded67 12-5-2024 07:15 AM
sudahlah tak payah nk memekak. kesah kn dia aje tak habis habis. geli nye lah, padahal spisis kesah kn diri sndiri shj, acah acah jantan responsible.
Quote putericahaya999 12-5-2024 08:06 AM
Untuk ibu anak awak xda ke wish?
Quote hayrin86 12-5-2024 09:45 AM
putericahaya999 replied at 12-5-2024 08:06 AM
Untuk ibu anak awak xda ke wish?

Tiap-tiap hari adalah hari ibu..

Quote kaedahnya 12-5-2024 05:17 PM
ye lep, kalu kesian kat mak tu kena stop la hidup tunggang langgang. tapi tu la taip pepanjang pun sapa nak bacaa.
Quote kaedahnya 12-5-2024 05:19 PM
tapi betul la muka mak dia macam adik ogy
Quote Teropongcctv 12-5-2024 07:26 PM
Gigih...
Sapo ler yg masih menjemput heols ni lg. Mcm takde penyanyi lain yg lg best
Quote eyansss 13-5-2024 01:33 AM
putericahaya999 replied at 12-5-2024 08:06 AM
Untuk ibu anak awak xda ke wish?

selepas dibabipukimakkan si isteri tu?  hahahaha...  i dont think so...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049073 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top