CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Trauma Kemalangan Punca Mark Adam Tiada Lesen Memandu

12-5-2024 01:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18025| Komen: 5

Description: Penyanyi dan pelakon, Mark Adam mengakui tidak mempunyai lesen memandu selepas terbabit dengan kemalangan motosikal pada usia 18 tahun.

Penyanyi dan pelakon, Mark Adam mengakui tidak mempunyai lesen memandu selepas terbabit dengan kemalangan motosikal pada usia 18 tahun.

Mark atau nama sebenarnya Marcus Adam Macaraig Echivarre,45, berkata, sejak kejadian tersebut dia tidak berani menunggang motosikal mahupun memandu kereta disebabkan masih trauma.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu, saya trauma dan tidak berani untuk memandu kereta kerana pernah terlibat dengan kemalangan motosikal.

“Suatu malam, saya yang membawa motosikal bapa saudara saya bersama seorang kawan yang membonceng. Ketika itu, saya membawa dengan had kelajuan melampau.

“Kemudian, kami terlibat dengan kemalangan sehingga mengakibatkan kawan saya patah tangan dan kakinya. ,” katanya ketika ditemui di rumah terbuka Aidilfitri Global Stesen di Kemensah Height, Ampang, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai peristiwa menakutkan itu, Mark mengambil keputusan untuk tidak memegang stereng kerana bimbangkan keselamatan dirinya.



Jika saya memandu kereta, saya akan berfikiran negatif bahawa orang yang saya bawa akan menghadapi kematian.

“Ada suatu ketika, saya cuba bawa motosikal di Batu Caves, tetapi pandangan saya terus kabur. Apabila saya sedar, saya sudah melanggar kereta sebelah tanpa sengaja.

“Ketika penggambaran, saya juga menolak babak memandu kerana tidak berani mengambil risiko, walaupun jarak 50 kilometer (km) atau 100 kilometer km sekalipun,” ujarnya.

Tambah pelantun lagu Pencuri itu juga lebih selesa apabila isteri menjadi pemandu untuk menemaninya semasa ke lokasi penggambaran atau tempat lain.

Isteri saya seorang pemandu yang sangat bagus dan terbaik. Dia tidak pernah telibat dengan kemalangan cuma ada sekali sahaja, itu pun sedikit.

“Saya juga mahu isteri sentiasa di samping saya walau di mana saya berada kerana hidup ini singkat. Kita akan menyesal jika tidak banyak meluangkan masa dengan keluarga.

“Jika saya bekerja sehingga pagi, fikiran saya akan memikirkan tentang isteri, jadi lebih baik isteri saya menemani saya di lokasi penggambaran,” kongsinya.

Mark mendirikan rumah tangga dengan Ezan, 42, yang juga pengurus kerjaya seninya sejak 2003.

Sumbe - HIBGLAM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bawang123 12-5-2024 02:14 PM
Takde lesen takpe. Jangan cu....
Quote mojarean_X 12-5-2024 02:36 PM
Bawang123 replied at 12-5-2024 02:14 PM
Takde lesen takpe. Jangan cu....

Cu.....apa tu?
Quote Carcosa 12-5-2024 06:35 PM
Bawang123: Takde lesen takpe. Jangan cu.. ...


Curang?
Quote cik_ingeniare 12-5-2024 08:59 PM
Percaya ajeee sebab my mom pun gini.. ada lesen tapi tak pernah drive sebab trauma accident jatuh gaung masa bujang.. lesen tu just renew saja setiap kali expired
Quote Mary_jane 12-5-2024 11:31 PM
Alhamdulillah, dah nak final episode dah Puaka Cuti Semester kat tv3 tu. Punya lah mengarut.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.045980 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top