CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amar Baharin dapat khabar gembira dari PTG Selangor - "Ini khabar gembira!"

9-5-2024 10:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3437| Komen: 24



"Ini khabar gembira!" Kata pelakon Amar Baharin berhubung kenyataan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) bahawa ibunya, Norhayati Abd Aziz, 62, akan mendapat tanah ganti susulan isu hak milik tanah yang bertindih.

Amar, 39, berkata, dia bagaimanapun masih belum dihubungi pihak berkenaan.

"Syukur, dengan khabar gembira ini. Saya percaya ini adalah maklum balas daripada kenyataan Menteri Besar Selangor semalam. Cuma, saya masih belum mendapat sebarang panggilan atau pemakluman daripada PTGS.

"Apa pun, saya anggap ini adalah maklum balas yang baik untuk keluarga saya terutamanya mak yang sudah lama dijanjikan tanah ganti iaitu sejak 2014. Insya-Allah, kalau saya sudah dihubungi dan ada pertemuan dengan mereka, saya akan kongsikan," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, PTGS pada kenyataan berkata, isu pertindihan tanah milik keluarga Amar berpunca daripada kesilapan teknikal semasa proses 'charting' secara manual ke dalam lembar lito (litho sheet) di Unit Teknikal, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat (PDTHL).


PTGS memaklumkan, kesilapan itu berlaku berikutan terdapat dua permohonan pemberimilikan secara berkelompok yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di kawasan yang sama pada 1978 dan 1995.

Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan isu membabitkan tanah milik keluarga Amar di Semenyih bukan kes pertama di negeri ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati terdapat beberapa kes seumpama itu berlaku berikutan sistem perekodan dilaksanakan secara manual sebelum ini.

Sebelumnya, Amar berkongsi rentetan kisah geran tanah milik keluarganya yang mempunyai dua geran berbeza di media sosial untuk mendapatkan jawapan bagaimana ia boleh berlaku dan mempersoalkan ia kesilapan siapa.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 9-5-2024 10:43 PM
Lawa betol bini si amar ni
Quote hyie 9-5-2024 10:44 PM
bagus amar guna saluran medsos untuk viralkan kes ni, kalau marhaen takdanya PTG nak layan. Tak gitu?
Quote sleepandream 9-5-2024 11:41 PM
entahnyer... kalau tak viral sampai kiamat la takde sape dulik...
pulak tu takde sape dipertanggungjawabkan? apa guna sain dgn cop pegawai tanah? baik bg kerani gred 17 je cop...
Quote lostnfaun 10-5-2024 08:59 AM
Tanah ganti tue berbaloi ke dgn tanah yg asal?

Berimilik secara berkelompok? Jauh betul beza tahun 1978 & 1995.

Entah berapa byk lagi kes geran bertindih nie. Mcm mana la Pej.tanah daerah buat kerja? Rsnya pegawai tanah (SO) jer yg buat racik tanah & tau lokasi tanah kosong.

Sebab tue kalau tau ada tanah kosong jgn ler cerita @ tanya pd SO, alamatnya nanti dia racik & bagi sesapa². Tau² tanah yg kita tanya tue dah ada buat permohonan tanah kerajaan.
Quote AbukRokok 10-5-2024 09:01 AM
nasib baik sebab ramai folower
public figure

klu org biasa viral pun senyap je
Quote dagusengett 10-5-2024 09:03 AM
Syukur selesai jugak
Entah pape staf ptg
Quote annehuda 10-5-2024 09:40 AM
Edited by annehuda at 10-5-2024 09:41 AM

aku taknak salahkan pjbt tanah sangat. sebabnye ape? ok camni, zaman dulu2 pjbt tanah buat pengukuran tu secara manual je, masuk dalam kertas pelan sebesar alam tu.  dan setiap kali lah ada urusan kerajaan nak jual tanah ke, ada orang nak pecah geran ke, pelan ukur tu kena dibuat semula. benda manual ni dengan kertas pelan berkeping-keping, mmg korang takkan nampak lot bertindih tu sampaila pelan-pelan ni diconvertkan masuk dalam sistem skrang ni, baru bleh nampak.

yg dimaksudkan pemberian secara berkelompok tahun 1978 dan 1995 tu, aku rsa makpak dia ni dapat tanah kurnia. tanah kurnia ni sorry to say la zaman2 dulu yg dpt tu geng2 kipas politik YB, kekadang tu bukan diorg pun yg bukak tanah tu, ada yang tak duduk situ pun tp dapat tanah.  dan setiap kali ada urusan pemberimilikan ni, pegawai tanah akan turun site ye buat laporan tanah, antara isi laporan tu adakah tanah tu dikerjakan.  ada kemungkinan tak  parents amar ni dpt tanah tu tapi tak pernah usik pun, takde landmark takde ape,jadi bila pegawai turun buat laporan tanah tu die tgk tanah tu mmg terbiar?

apepun, kalau korang ada hartanah tu, tak kisahla tanah ke rumah ke, rajin-rajinlah menjenguknya. tak silap aku la, tanah kurnia ni ada rules dlm tempoh 2 thn ko kene usahakan, sebab premium beli tanah kurnia ni murah sgt tak smpi rm10k pun, kalau tak kerajaan boleh rampas balik tapi jaranglah dibuat sebab political mileage gitu. aku tak rasa ni kesilapan yang disengajakan oleh pejabat tanah atau ada unsur2 rasuah pun. kalau ammar bawak masuk court pun senang jah dipatahkan oleh lawyer ptg, camna family ammar boleh tak tau ada orang masuk tanah tu dan family dia tak wat tindakan awal. mcm kes kt usa tu, yg ada orang salah buat rumah atas lot orang, tetiba owner muncul balik, lawan kat court dan yang salah buat rumah tu menang hokkay.  just my 2 cents uols eh panjang plak aku berceloteh kt bodgos ni
Quote ninajaybee 10-5-2024 09:42 AM
AbukRokok replied at 10-5-2024 09:01 AM
nasib baik sebab ramai folower
public figure


Tu lah kan? Retis dapatlah layanan special.
Quote weezerfan 10-5-2024 10:04 AM
Cilakak pejabat tanah ni kalau x viral xde tindakan!smg mati seksa sbb makn gaji buta
Quote tahanie 10-5-2024 10:13 AM
Dia memang memekak kat media social je ke? Takde surat menyurat? Untung jadi retis walaupun gred
Quote edoraixora 10-5-2024 10:24 AM
mende dah drag dari 2014
takde closure, tu yg dia memekak by socmed pulak
cepat je setel
Quote newyork 10-5-2024 10:27 AM
Skrg benda semua nak viral baru gomen terhegeh2 jalann
Quote sleepandream 10-5-2024 11:37 AM
annehuda replied at 10-5-2024 09:40 AM
aku taknak salahkan pjbt tanah sangat. sebabnye ape? ok camni, zaman dulu2 pjbt tanah buat pengukura ...

ooo...nasib la mak si ammar ni ada pegang geran asal. kalau hilang, nak retrieve balik mesti pejabat tanah buat2 tak jumpa rekod lama kan? ni pun kalau tak viral, mesti bergantung tak bertali sampai kesudah...

btw tahun 1995 pun ada lagi yer yg dapat tanah kurnia.... untungnyaaaaa....
Quote annehuda 10-5-2024 12:59 PM
sleepandream replied at 10-5-2024 11:37 AM
ooo...nasib la mak si ammar ni ada pegang geran asal. kalau hilang, nak retrieve balik mesti pejab ...

apsal plak takde ade je dpt tanah kurnia tu smpi skrang. tp di tempat2 yg terpilih jelah. tgk gak YB situ camne. selangor antara negeri yg aktif bab penggunaan tanah ni so nmpk tanah kosong je diorg akan kasi pemberimilikan pada orang dgn syarat kena kerjakan tanah tu la.  sebenarnye geran tu kalau mak ammar hilangkan pun takde mende sebab selagi tanah tu masih aktif lg didaftarkan, tetap akan ada rekod jugak. lg satu mak die bayar cukai kan tiap2 tahun? unless la tetiba ada tahun tu tetiba stop dapat bil cukai tanah, cepat2 la gi pjbt tanah tgk pe terjadi sbnrnye.  dlm isu ni dua-dua tak salah, tapi salah satu party alert tak timbul lot bertindih sebenarnye. apepun pengajaran jugakla pd kita semua, kalau ada property tu selalu-selalulah jenguk. la ni bukan senang nk dpt tanah ke rumah yang mur-mur mcm nih. as a property owner bertanggungjawablah dgn properties memasing ye
Quote sk8er 10-5-2024 01:07 PM
annehuda replied at 10-5-2024 09:40 AM
aku taknak salahkan pjbt tanah sangat. sebabnye ape? ok camni, zaman dulu2 pjbt tanah buat pengukura ...

Tapi amar kata tanah ganti dh dijanjikan since 2014 x dpt2 lg
Quote sleepandream 10-5-2024 01:33 PM
annehuda replied at 10-5-2024 12:59 PM
apsal plak takde ade je dpt tanah kurnia tu smpi skrang. tp di tempat2 yg terpilih jelah. tgk gak  ...

kalau takde geran asal, pejabat tanah ada rekod pun mana nak mengakunye "pernah ada" rekod. nanti dia gi salahkan sistem charting manual dia la apa la... dia mcm org kentut nak mengaku dia kentut lah gitu... kalau tak, takkan la lepas MB bunyik baru ada action. sedangkan proses jual beli pun kekadang kene hulur duit kopi baru tangkas dan tuntas depa bekerja
pasal tanah kurnia tu ropernye ada lagi ye zaman skrg ni? sbb last tempat iols ni permohonan dibuka tahun 1980 gitu... tu pun ada kaveat takleh pindah milik berapa lama entah...
Quote annehuda 10-5-2024 03:06 PM
Edited by annehuda at 10-5-2024 03:13 PM
sleepandream replied at 10-5-2024 01:33 PM
kalau takde geran asal, pejabat tanah ada rekod pun mana nak mengakunye "pernah ada" rekod. nanti  ...

iols 1980 tak lahir lg la uols hahaha. mungkin zaman uols dulu kot zaman2 fail manual bleh kasi alasan mcm tu tp la ni zaman digital memang suma benda dah berekod dalam sistem kot mane bleh senang2 nak tipu kalu camtu.  tp kalau pemberian tanah secara berkelompok tu selalunye tanah rancangan mcm rancangan perkampungan tersusun, rancangan pertanian berkelompok, yg nih mmg tanah kurnia kena ada kelulusan yb dulu. lgpun dlm berita tu kan tulis ada 2 kali pemberian tu, tahun 1995 plg latest meaning masih berjalan lg la tanah kurnia ni.  
pasal duit kopi tu iols no komen tp la ni zaman internet kalau setakat pindahmilik tu bleh ja google kaedah macam mana nak buat pindahmilik tu. tuntutan pusaka pun la ni online je takde dah borang-borang ni.  setau iols setiap jbtn kerajaan ada piagam pelanggan dia. yg plg penting kalau dah buat urusan tu simpanlah resit urusan tu utk rujukan masa hadapan.  klau uols perasan di setiap kaunter tu mesti ada peringatan public sila pastikan ada dapat resit untuk setiap bayaran urusniaga yg diorg buat.  

like I said, zaman dulu bukan zaman IT.  zaman dulu cctv pun tak wujud lg.zaman la ni kalau tak puas hati bleh je public nk ngadu kt SISPAA. tp public pun please la gunakan kemudahan Internet tu utk buat research dulu. kalau uols nk berurusan dgn pjbt tanah bleh ja uols masuk website PTG situ mesti ada borang2 permohonan dan prosedurnya bleh baca kt situ. ni isi borang pun nk suruh kerani kaunter tuliskan pastu bila kena caj tak puas hati plak lol
Quote annehuda 10-5-2024 03:08 PM
sk8er replied at 10-5-2024 01:07 PM
Tapi amar kata tanah ganti dh dijanjikan since 2014 x dpt2 lg

yg die buat aduan tu kan 2014.  tapi selangor mmg tak banyak tanah dah nak ganti lot bertindih. yg lg complicatednye sbb dh ada orang lain kejekan tanah tu. riso jah ujung2 kerajaan selangor bayar pampasan jah pd family ammar
Quote honeybee1802 10-5-2024 03:13 PM
AbukRokok replied at 10-5-2024 09:01 AM
nasib baik sebab ramai folower
public figure


Kalo kita marhaen agaknya nak kena upah influencer agaknya...isk...lama tsk gi tgk tanah mak iols ni sbb pedalaman...bukan boleh kira dgn talibarut tsnah ni...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.087457 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top