CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kim Jong-un jadi ‘selebriti’ TikTok

6-5-2024 10:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16272| Komen: 1



PYONGYANG – Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un menjadi sensasi internet apabila  lagu yang diperkenalkan oleh beliau tular di platform TikTok, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lagu berjudul Friendly Father itu kemudian menjadi kegemaran ramai.

Muzik irama  elektropop itu adalah yang terbaharu dalam rentetan lagu pop propaganda yang dikeluarkan oleh pemimpin negara Korea Utara sejak 50 tahun lalu.

Liriknya memuji Jong-un dengan menggambarkan diktator itu sebagai memberikan rakyatnya masa depan  lebih cerah.

Klip video lagu juga menunjukkan montaj pasukan yang memenangi kejohanan bola sepak dan apa yang kelihatan seperti kumpulan saintis Covid bersorak kepada Jong-un.

“Ia sangat distopian dengan cara yang paling menarik,” kata seorang netizen.

“Lagu ini seperti penghujung filem di mana seluruh bandar berkumpul bersama dan menyanyi dengan penuh perpaduan,” kata pengguna media sosial lain.


Sementara itu, penganalisis Universiti Sungkyunkwan, Peter Moody berkata, lagu-lagu Korea Utara pernah tular sebelum ini tetapi kebiasaannya untuk mengejek mereka.

“Ini adalah kali pertama saya mendengar lagu Korea Utara menjadi tular dengan ramai orang di seluruh dunia meluahkan penghargaan kepada muzik tersebut,” katanya.  – AGENSI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sansa.Stark 6-5-2024 11:25 PM
adoi mengekek aku tengok gambar ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.051676 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top