CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16110|Reply: 1

Kim Jong-un jadi ‘selebriti’ TikTok

[Copy link]
Post time 6-5-2024 10:36 PM | Show all posts |Read mode






PYONGYANG – Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un menjadi sensasi internet apabila  lagu yang diperkenalkan oleh beliau tular di platform TikTok, lapor akhbar Daily Star semalam.


Lagu berjudul Friendly Father itu kemudian menjadi kegemaran ramai.


Muzik irama  elektropop itu adalah yang terbaharu dalam rentetan lagu pop propaganda yang dikeluarkan oleh pemimpin negara Korea Utara sejak 50 tahun lalu.


Liriknya memuji Jong-un dengan menggambarkan diktator itu sebagai memberikan rakyatnya masa depan  lebih cerah.


Klip video lagu juga menunjukkan montaj pasukan yang memenangi kejohanan bola sepak dan apa yang kelihatan seperti kumpulan saintis Covid bersorak kepada Jong-un.


“Ia sangat distopian dengan cara yang paling menarik,” kata seorang netizen.


“Lagu ini seperti penghujung filem di mana seluruh bandar berkumpul bersama dan menyanyi dengan penuh perpaduan,” kata pengguna media sosial lain.


Sementara itu, penganalisis Universiti Sungkyunkwan, Peter Moody berkata, lagu-lagu Korea Utara pernah tular sebelum ini tetapi kebiasaannya untuk mengejek mereka.


“Ini adalah kali pertama saya mendengar lagu Korea Utara menjadi tular dengan ramai orang di seluruh dunia meluahkan penghargaan kepada muzik tersebut,” katanya.  – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 11:25 PM | Show all posts
adoi mengekek aku tengok gambar ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.105953 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list