Penyanyi dan pelakon popular era 70-an, Datuk Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 3.48 petang tadi. Berita pemergian arwah disahkan sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Lutfi ketika dihubungi OhBulan!. "Betul, ayah sudah pergi meninggalkan dunia kira-kira jam 3.48 petang. Arwah pergi dengan tenang sahaja. Arwah ada masalah jantung." "Sama-sama kita semua hadiahkan al-Fatihah untuk arwah dan semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman." Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba itu dilaporkan telah menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru di HKL, sejak Sabtu. Sebelum ini, pelakon Farouk Hussain turut memaklumkan arwah dalam keadaan tenat dan tidak mampu untuk bercakap. Sumber : OhBulan
|
ADVERTISEMENT