View: 6550|Reply: 4
|
Penyanyi Veteran Hail Amir Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun Akibat Masalah Jantung
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan pelakon popular era 70-an, Datuk Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 3.48 petang tadi.
Berita pemergian arwah disahkan sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Lutfi ketika dihubungi OhBulan!.
"Betul, ayah sudah pergi meninggalkan dunia kira-kira jam 3.48 petang. Arwah pergi dengan tenang sahaja. Arwah ada masalah jantung."
"Sama-sama kita semua hadiahkan al-Fatihah untuk arwah dan semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman."
Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba itu dilaporkan telah menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru di HKL, sejak Sabtu.
Sebelum ini, pelakon Farouk Hussain turut memaklumkan arwah dalam keadaan tenat dan tidak mampu untuk bercakap.
Sumber : OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirojiun.
Takziah utk keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun, takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun, Al Fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirojiun.
Takziah utk keluarga.
Moga rohnya dicucuri rahmat Allah. AAmin
Lagumu tetap dikenang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|