CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Bukannya Bayar IVF RM300 Dapat Anak Esok” – Izzue Islam Elak Jumpa Orang Yang Suka Tanya Pasal Zuriat

5-5-2024 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13563| Komen: 66

Description: Pelakon dan pengacara, Izzue Islam merupakan antara selebriti yang sering diajukan pertanyaan tentang zuriat namun katanya, dia dan isteri, Awin gembira menjalani kehidupan bersama berdua.

Pelakon dan pengacara, Izzue Islam merupakan antara selebriti yang sering diajukan pertanyaan tentang zuriat namun katanya, dia dan isteri, Awin gembira menjalani kehidupan bersama berdua.

Tambah Izzue, dia sudah lali dengan pertanyaan tersebut namun kini lebih memilih untuk mengelak daripada berjumpa dengan orang-orang yang gemar bertanya soalan tentang anak kepadanya.

"Biasanya saya akan okay sahaja, cumanya saya dah pandai elak. Daripada pergi jumpa dengan orang macam ini, lebih baik saya elak terus. Kami enjoy je hidup berdua ni sebab benda inikan rezeki kalau Allah tak bagi tu mungkin rezeki kita nanti dekat syurga, Insyaa-Allah."

Meskipun tenang dan tidak melenting setiap kali ditanya tentang zuriat, Izzue bagaimanapun akui rasa kurang selesa dan berpendapat sesetengah individu sepatutnya simpan sahaja persoalan sebegitu bagi menjaga hati.


"Kita tak tahu, mungkin ada orang niatnya bergurau. Atau mungkin dia memang betul-betul concern, dia nak sangat tengok kita ada baby kan. Tapi bagi saya soalan itu elok simpan sahaja sebab benda ini lain orang lain penerimaan dia dan kita tak tahu apa yang orang tu sedang lalui."

Dalam pada itu, Izzue menerusi temu bual bersama stesen radio Kool FM berkata ramai lagi pasangan suami isteri yang lalui apa yang dilaluinya dan isteri yang mahukan zuriat namun setiap orang prosesnya berbeza.

"Macam saya, saya memang nak. Siapa yang tak nak anak? Kami pun nak ada anak nak ada waris, semua orang nak cuma benda ini rezeki dan kita tak tahu apa proses yang dilalui mereka. Kos rawatan bukannya murah, contoh buat IVF bukannya bayar RM300 boleh dapat anak esok. Ianya bukan sekali sahaja proses, kalau dapat sekali sahaja Alhamdulillah rezeki. Tapi walaupun sekali sahaja, kosnya bukan tiga empat ribu."


SUMBER : TikTok/Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 4-5-2024 11:13 AM
Jahat betul yg sibuk tya org bila nak kawin bila nak ada anak ni
Teringat 1 tulisan yg psl
Bila gaji kecik
Tp sbnrnya cukup je kau kasi anak bini makan
Tp bila ada mulut jahat yg asik tya ehh cukup ke gaji byk tu
Terus kau rasa tak cukup
Quote takayama 4-5-2024 11:18 AM
Bila tak kawen dah ditanya bila nk kawen
bila dah kawen bila nk ada anak
bila dah ada anak ditanya lg sorg aje ke
atau bila nk tambah lg ni
nnt start soalan lain meleret
senang cerita selg yg tukang tanya tu x mampos selg tu dia tanya aje
Quote kuzaime 4-5-2024 11:51 AM
takayama replied at 4-5-2024 11:18 AM
Bila tak kawen dah ditanya bila nk kawen
bila dah kawen bila nk ada anak
bila dah ada anak ditanya l ...

X cukup lagi tu, sebab bila ada anak ppuan, ditanya bila nak ada anak lelaki pulak sama jugak utk yg berderet anak lelaki ditanya bila nak ada anak gegirl pulak cam pundekk aje mulut sekor2 sejenis benak ubi gamaknya Kot dah x ada modal nak berborak sekalipun, diam tu lagi bagus dr bukak aje mulut dah start sakitkan hati orang
Quote dua_chzy 4-5-2024 12:10 PM
Kemandulan tu satu hikmah juga.

Ada berapa ramai pasangan mandul yang bercerai, versus pasangan anak berderet yang bercerai? Aiols believe the former hada sikit ja kes banding the later.
Quote Duta lover 4-5-2024 12:16 PM
Sbenanya sampai satu fasa, memang da selesa dah. Aku tgk izzue n bini dia ada vibes positive sikit banding ellizad tu.
Quote codenamedream 4-5-2024 12:26 PM
Yang elak jumpa itu yang akan berusaha cari kita.
Muncul tanpa dijemput,
Datang tanpa diundang;
Moga terkangkang dalam semput,
Biar mampus dalam kandang.
Quote cicicumel 4-5-2024 12:28 PM
Izue ni setiap kali berlakon, ada effort la beli baju baru.sesetengah retis lelaki, pakai baju sama je ..drama lain2.. maklumlah produser Malaysia ni x sesuaikan wardrobe
Quote Missjass 4-5-2024 12:36 PM
Duta lover replied at 4-5-2024 12:16 PM
Sbenanya sampai satu fasa, memang da selesa dah. Aku tgk izzue n bini dia ada vibes positive sikit b ...

Izzue ni keluar isu anak time orang tanya je la yang elizad tu dia sendiri up dekat ig
Quote asfaz 4-5-2024 12:56 PM
takayama replied at 4-5-2024 11:18 AM
Bila tak kawen dah ditanya bila nk kawen
bila dah kawen bila nk ada anak
bila dah ada anak ditanya l ...

Akan berlarutan bila anak kau nak kawin,bila nak dapat cucu bila nak tambah cucu.
Haa cmtu la takkan putus soalan .
Quote anony-mous 4-5-2024 01:16 PM
dua_chzy replied at 4-5-2024 12:10 PM
Kemandulan tu satu hikmah juga.

Ada berapa ramai pasangan mandul yang bercerai, versus pasangan ana ...

Betul. Bosan dgn society yg fikir klau xde ank, laki kena kahwin lain. Refer je mawapijo, pramugarits, housemate i dulu, sape lg i lupa tp mmg ada je contoh2 yg tggu bertahun nk ank, da dpt tiba2 life x hepi, laki curang etc
Quote doubleA 4-5-2024 01:23 PM
Let them be, kebanyakan memang nak anak tapi rezeki tu Tuhan nak bagi so siapalah kita nak rasa lebih superior dari Tuhan
Quote lightheaded67 4-5-2024 01:26 PM
elok lah elak sbb ade jenis yg suka tanya ni, sj nk probok laki bini jd gado
Quote sharlenetexas 4-5-2024 01:28 PM


5-5-2024 09:00 AM

Saya datang dari masa depan!


Quote DeLuna85 4-5-2024 01:39 PM
Yang bertanya pun mcm takda otak.
Quote jepp 4-5-2024 01:49 PM
kaka dan abang kimie korang dah 15 tahun kahwinn. Dua kali gugur, anak first kembar.

Sekarang tak ngandung-ngandung. Us being us.

Ada.. ada..
takda nak buat macammaba

tapi masih ttc
doakan ya

izzue dan awin
chaiyokkk
Quote jepp 4-5-2024 01:50 PM
macammana*

eiii typo
Quote slyfynx 4-5-2024 02:02 PM
Nape semua thread2 ni bertarikh masa depan?
@intan_smsb

Quote Rogue98 4-5-2024 02:08 PM
Takde anak pun rezeki...time hisab nanti takde lah lama sangat mcm org yg ramai anak.
Quote xixin5230 4-5-2024 02:23 PM
Duta lover replied at 4-5-2024 12:16 PM
Sbenanya sampai satu fasa, memang da selesa dah. Aku tgk izzue n bini dia ada vibes positive sikit b ...

Ejad tu mmg betul betul nak ada anak..kesian dia…
Semoga Allah berikan zuriat utk mereka…aku penah berada dlm situasi mereka…sedihnya hanya Allah saja yg tahu…tiba masa Allah bg jua tanpa buat apa2 rawatan…

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.357673 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top