Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan cota besi di Singapore Expo tahun lalu akhirnya dijatuhkan dihukum penjara 28 bulan dan dua minggu. Tertuduh, Muhammad Nabil Rashid, 34, mengaku melakukan kesalahan tersebut atas motif ngin membalas dendam kerana beranggapan Kamal telah mencabul kehormatan seorang saudara wanitanya. Muhammad Nabil mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap individu lain 31 Jan tahun lalu. Sebelum ini dia direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi menjalani penilaian psikiatri. Dia didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac 2023 kerana terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. Kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu.
Pada 12 Mac 2023, pihak polis telah dimaklumkan mengenai serangan di 1 Expo Drive iaitu suspek didakwa menyerang seorang lelaki berusia 36 tahun dengan belantan atau cota besi. Kamal yang cedera di bahagian kepala terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura. Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 bermula 10 Mac di Hall 5A Singapore Expo apabila insiden itu tercetus di penghujung acara. Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Uqasha mendakwa serangan seorang lelaki difahamkan warga Singapura terhadap suaminya bermotifkan cemburu. Kamal diserang dengan menggunakan cota (kapak India dengan pemegang panjang) sehingga mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan harus ditidurkan. Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga memaklumkan suaminya telah lama menjadi sasaran suspek untuk diserang sebelum kejadian tersebut. Sumber – HIBGLAM |
ADVERTISEMENT