CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa tersilap laung takbir raya di telinga anak

25-4-2024 10:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1030| Komen: 1


JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan detik seorang bapa tersilap melaungkan takbir raya kepada anaknya yang baru dilahirkan, lapor laman berita Suara semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh akaun TikTok @derry.yd, lelaki tersebut berada di sebuah hospital sambil menggendong anaknya yang baru dilahirkan. 

Dia kemudian melaungkan takbir raya di telinga bayi itu sebelum ditegur oleh seorang wanita bahawa yang dilaungkan itu bukanlah azan.

“Itu takbir raya, bang,” kata wanita tersebut.

Lelaki itu segera memberhentikan bacaannya dan memandang ke arah perakam, seolah-olah malu dengan perbuatannya. 

Video itu menjadi tular dan menerima tontonan daripada kira-kira 5.7 juta pengguna serta dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen. 

“Saya tidak boleh berhenti ketawa,” komen seorang netizen. 


“Sama seperti abang saya, gementar sampai nak azan jadi iqamah,” komen pengguna lain. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Moyangkucing 26-4-2024 07:42 AM
Mentang2 la mood raya..
Tapi takbir raya ialah puji pujian akan kebesaran Allah... Ok la tu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.036043 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top