PENYANYI Tom mencuri perhatian ramai apabila tampil mendedahkan suaminya, Fuad Rahman pernah diganggu oleh wanita yang juga kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sejak tahun 2022. Dalam pendedahan tersebut, penyanyi Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram,37, memuat naik sebuah video memaparkan tangkap layar mesej dan panggilan telefon Sarah terhadap Fuad. “Alamak, kenapa pula Sarah mesej lelaki aku? “ Fuad beritahu saya, dia dapat mesej daripada Sarah, kemudian dapat panggilan tanpa henti. “Sejak tahun 2022 hingga Isnin lepas dia mesej dan hubungi suami saya,” katanya dalam Instagram hari ini. Bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan itu berkata, dia dan suami enggan terlibat dalam konflik yang sedang meledak ketika ini. Dalam masa sama, Tom juga sempat berseloroh isu membabitkan suaminya itu turut menjejaskan kehidupan sehariannya.
“Untuk Sarah, kami tak mahu masuk campur pun dan enggan terlibat dalam semua yang terjadi atau perkara yang tular,” katanya lagi. “Baju pun tidak terlipat, kami ada lagi banyak masalah sendiri yang sakit kepala nak diuruskan. Jadi kami tidak mahu terlibat dalam isu ini atau hal-hal orang lain,” ujarnya. Tom juga memberi amaran terhadap Sarah agar tidak menganggu kehidupan suaminya. “Jadi untuk Sarah, tolong berhenti mesej dan hubungi suami saya. “Ini amaran daripada saya, kami tidak mahu masuk campur okey?” tegasnya. Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh Tom. Bahkan, terdapat netizen turut menyelar pendedahan tersebut selain menuduh penyanyi itu mahu mendapatkan publisiti murahan daripada isu yang sedang meledak ketika ini. Tom balas diam-diam sahajalah. Kalau sudah muat naik begini, seperti sudah masuk campur juga. Nak popular juga ke? “Balas sahajalah semula untuk tidak masuk campur. Nak juga tumpang viral untuk bagitahu satu dunia,” komen netizen. Sebelum ini, Sarah yang mendedahkan puluhan tangkap layar perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies yang menjadi topik hangat dalam media sosial. Kata Sarah, dia berani melakukan pendedahan kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat pada Mac lalu. Lebih mengejutkan,wanita itu mendakwa Ruhainies telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan isteri sendiri dan menjadi dalang mengatur rancangan untuk melihat Bella jatuh ‘tersungkur’. Sumber – HIBGLAM |
DeLuna85: Btw dalam msg tu bukannya sara ...
pocongkiutss replied at 26-4-2024 02:35 AM
Hey diamlah kau betina
Kalau sarah nk menyondol laki ko pun ok je..cash la utk kau
ADVERTISEMENT